Pengikut

atas

Selasa, 31 Mei 2011

Manusia istidraj (lupa daratan) dihina Allah



MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.


Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.


Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.


Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.


Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.


Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?


Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.


Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.


Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.


Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.


Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.


Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.


Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.


Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.


Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.

Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.


Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.

Rasullullah SAW pernah bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.


Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”.


Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.


“Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.


“Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa,” katanya.

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui.”

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”


Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.


“Dalam surah Al-A’raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.

“Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ,” kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.

Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).

Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.


“Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia,” tegasnya.

Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.



Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.


“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata,” katanya lagi.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia.
rencana@utusan.com.my

Ilmu Membuka Mata Ketiga





ilmu mata ketiga, mata batin

“Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut cakap”
Ni lagu yang dulu-dulu aku pernah dengar. Lupa la pulak sapa yang nyanyi. Tapi tu bukan masalahnya sekarang. Ceritanya adalah beberapa manusia pernah email kat aku seperti berikut.
“Bro, camne nak bukak deria keenam”.
Huk aloh, aku pun terkejut. Bukan apa, benda ni bukan main-main. Takut kite ni tak ready nak tengok benda-benda pelik. Bukan apa, nanti tengah ko syok makan-makan, tetiba ko ternampak makhluk ngeri tengah dok bertandang makan nasi orang yang tak baca bismillah. Dah tak pasal-pasal ko jerit sorang-sorang.
Pada mulanya, saya tidak la setuju untuk mengepostkan amalan ni <saya la pulak> Tapi bila direnungkan kembali bahawa ilmu ni salah satu cara untuk meningkatkan iman dan sebagai salah satu cara yang boleh buat kita lebih percaya pada ALLAH, jadi aku pun post la untuk kita semua. Mana la tau bermanfaat.. Dibawah ni aku akan terangkan amalan membuka deria keenam.
Sebagai maklumat, deria keenam ataupun orang memanggil ia sebagai mata ketiga ada di tengah-tengah dahi korang semua. Cuba la tengok kat cermin lama-lama, nanti ko nampak la mata berkedip kat dahi < heheh main-main je>. Dan pantang bagi ilmu ni senang je.. Jangan mengamalkan 5 M. Mencuri, Merogol, Merompak, lagi 2 aku tak ingat. Dalam erti kata lain kena jaga diri dari dosa, bukan sengaja cari dosa.
DOA PEMBANGKIT DERIA KEENAM
Astaghfirullah al Azim                   100x
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad     100x
La hau la wala quwwata illa billah       100x
Ya Allah Ya Qadim                        100x
Baca wirid kat atas ni setiap kali solat fardhu. Untuk mengetahui korang da bukak ke belum mata ketiga korang yang syok tido tu adalah korang akan mengalami gejala sejuk-sejuk merenyam dan mata korang akan menangkap cahaya bling-bling cam kat televisyen tu. Itu adalah fenomena mata ketiga sedang dibuka.
Pastu boleh la ko tengok pontianak hari-hari terbang atas bumbung rumah ko malam-malam. Hehehe..harap korang jagalah ilmu membuka mata ketiga ni elok2


Setan Merah Tumbang di Wembley



United tewas lagi di tangan Barcelona. jika di Rome mereka tewas 2-0, musim 2010-11 ni mereka tewas pula 3-1. dan yang menariknya Lionel Messi score di kedua-dua final. dan untuk match kali ini, Messi di nobatkan Man of The Match oleh UEFA.



United bermula garang dengan serangan bertali arus. nampak seperti akan menguasai permainan. tapi lama kelamaan makin longlai dan Barcelona mula menguasai bola dan United hanya mampu bertahan dan sesekali menyerang balas. akhirnya pada minit ke 27 Pedro memecah kebuntuan dengan gol pertama hasil lorongan daripada Xavi. tapi United tidak menunggu lama, minit ke 34 Wayne Rooney melakukan sepakan cantik menewaskan Victor Valdes untuk gol penyamaan.
separuh masa kedua bermula dan minit ke 54 akhirnya Messi membuktikan bahawa beliau memang tunggu masa jer nak score ni. dah 2-1 United cuba mengejar tapi gol dari David Villa pada minit ke 69 memang melemahkan semangat juang pemain-pemain United. percaturan Ferguson dengan membawa masuk Nani dan Paul Scholes juga nampaknya tidak menjadi. akhirnya wisel penamat dibunyikan dan Barcelona disahkan sebagai juara UEFA Champions League 2010-11.

Foto Penyokong United








Highlight




Kepulangan Yajuj Majuj dan Penubuhan Israel

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96
Selain itu, berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi : 92-98,
fakta relevan mengenali Yajuj Majuj ialah:
a.) Negeri Yajuj Majuj : Khazaria, Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b.) Jalan ke utara : ke utara Iran menuju ke Armenia
c.) Di antara dua gunung : Gunung Caucasus
d.) Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan : Kaum Armenia
e.) Tembok besi : Daryal George/Iberian Gates/Caucasian Gates

Siapakah kaum Yajuj Majuj? Mereka adalah puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Inilah tipu-daya Yajuj Majuj.
|Pembentukan Negara Israel-Intro|
 Kemungkinan untuk menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi sudah menjadi matlamat Zionis sejak akhir kurun ke-19. Selepas Pengisytiharan Balfour, idea untuk melobi sokongan kuasa besar semakin kuat dan melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan negara Arab 1936-1939 di Palestin.
 |1882-1904|
Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin
|1897|
Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan
|1904-1914|
Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi
|1917, 2 November|
Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin
|1918, 9 Disember|
Tentera British menjajah Palestin
|1920, 24 April|
Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin
|1936-1939|
Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan
|1947, 29 November|
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melalui Jawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin
|1948, 9 April|
Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis
|1948, 14 Mei|
Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram Israel
|1949|
Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin
|1967, 5 Jun|
Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.
 LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948...

Ahad, 29 Mei 2011

Al Qaeda Tidak Pernah Wujud


Existence of "Al-Qaeda" Is Crap; Quite Literally

Apakah Osama sengaja memilih nama rangkaian keganasan beliau secara berjenaka ataupun itu sebenarnya pangkalan data yang digunakannya untuk berborak dengan petugas CIA?

Oleh : Paul Joseph Watson/Prison Planet.com October 6 2006

Asal-usul nama Al Qaeda dan maksud sebenarnya dalam Bahasa Arab menunjukkan setiap kali pentadbiran Bush, Fox News ataupun mana-mana individu yang menyebut akan ancaman “Al Qaeda” sebagai “satu mandat untuk berperang dan kuasa tempatan yang otokratik, mereka sesungguhnya menyebarkan satu mitos bahawa kumpulan itu sebenarnya tidak pernah wujud.
Pertubuhan yang diberi nama “Al Qaeda tidak pernah wujud selain daripada segala penipuan wujudnya sel-sel ganas, yang kebanyakannya digembar-gemburkan oleh kumpulan perisikan Pakitsan ISI), Mossad, Arab Saudi, M16 dan CIA, dan kewujudannya adalah sebagai tindak balas kepada tindakan Amerika ekoran peristiwa 9/11. Demikian yang dilaporkan oleh NIE.




Mengikut dokumentari BBC “The Power of Nighmare’ gambar yang begitu terkenal menunjukan Bin Laden berjalan dengan dikawal rapi oleh askar bersenjata adalah satu penipuan Osama sendiri, yang sengaja dipermudah oleh pihak media di mana pelakon yang berpengalaman telah diambil secara rambang dan diberikan pakaian uniform celoreng hijau dan dilengkapi senjata dan disuruh berlagak bengis dan garang.

Perhatikan betapa video menyebut Bin Laden mengambil nama Al Qaeda selepas 9/11 dan selepas kerajaan A.S mula menggunakan istilah itu. Kesalahan yang wujud (dan kini diperlekeh) ialah satu mitos bahawasanya 9/11 telah dilakukan oleh “Al-Qaeda”.

Kalau sungguhlah kumpulan itu tidak wujud mana datanganya perkataan itu?

Tentu anda pernah mendengarnya dulu perkataan “al Qaeda” bererti “pangkalan” tetapi apakah anda sedar dalam bahasa perbualan kalau orang Arab berkata: “Ana raicha Al Qaeda” ia membawa makna bahawa “saya mahu pergi ke tandas?”

Apakah pengganas yang begitu degil dan sungguh taksub mahu menjahanamkan barat sanggup menamakan pertubuhan beliau sama dengan nama tempat dia membuang tahinya?

Kebenaran mana asal usul “Al Qaeda” menjelaskan kenapa tidak ada pejuang berani mati terlibat dengan penciptaan nama itu.

Seorang bekas pemimpin Dewan Rakyat Britain, Robin Cook yang dikagumi kerana melepaskan jawatan selepas beliau memprotes akan serangan terhadap Iraq pada 2003 dulu pernah menulis satu artikel kepada London Guardian, beberapa waktu sebelum menghembuskan nafas terakhir, dan memberikan sedikit penjelasan akan perkataan Al Qaeda. Mengikut pendapat Cook, “Al Qaeda” bererti pangkalan data, dan berasal daripada komputer ribuan pejuang mujahidin , yang telah diambil dan dilatih dengan bantuan CIA untuk menumpaskan Russia.

Bekas pegawai perisikan Tentera Peranchis, Pierre Henry Brunel menjelaskan, “Al Qaeda” pada mulanya merupakan satu bentuk intranet, yang telah digunakan oleh Negara Islam dan keluarga berpengaruh untuk berhubung antara satu dengan lain. Ia telah juga digunakan oleh agen Amerika (Osama bin Laden) untuk menghantar mesej berkod kepada petugas CIA daripada Afghanistan.

Rumusan boleh dibuat dengan penekanan Brunel bahawa ‘Al Qaeda’ sebagai satu pertubuhan adalah sama sahihnya dengan gelagat George W Bush yang cuba mengikiskan imej koboinya di Texas.

“Sesungguhnya tidak wujud apa yang dikatakan tentera Islam ataupun kumpulan pengganas bernama Al Qaeda. Setiap agen peisikan yang berpengalaman tahu akan hal ini. Tetapi ada kempen propaganda untuk membuatkan orang awam percaya wujudnya satu entiti yang tidak dikenali mewakili ‘syaitan’ hanya untuk menyuntik naluri penonton TV menerima satu pucuk pemimpinan antarabangsa yang mahu berperang memerangi keganasan. Negara yang bertungkus lumus dengan propaganda itu ialah Amerika Syarikat dan para pelobi untuk perang AS terhadap keganasan hanya berminat untuk membalun duit.”

Sabtu, 28 Mei 2011

Misteri Dajjal Hampir Terbongkar Pada 1901 Apabila...



Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mempercayai bahawa Dajjal (Antichrist) merupakan perancang utama terhadap konspirasi Yahudi. Setiap apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam gerak kerja mereka sejak dari zaman Nabi Musa as hinggalah sekarang dipercayai dipengaruhi oleh seseorang yang amat berkuasa. 




Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur segala konspirasi dunia pada tahun 1996. Teorinya itu diperkenalkan di dalam buku kontroversinya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”. Buku ini adalah terbitan Darul al-Basyir, Kaherah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Hidayah (Indonesia) dan Pustaka Syuhada(Malaysia).


|Prof. Sergius A. Nilus|

Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi. Cendekiwan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A. Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Fordketika itu. 

HASIL KERJA PROF. NILUS 

Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk “The Great Within the Small” yang diterbitkan pada 1901 dalam bahasa Rusia. Hasil kerja Prof Nilus telah dibawa keluar dari Rusia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan diMuzium British pada 10 Ogos 1906. 


|Dr. Theoder Herzl, Pengasas Pertubuhan Zionist Antarabangsa|


Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol Pertubuhan Zionis yang mana pada zaman itu, organisasi Zionis masih dipimpin oleh pengasasnya iaitu Dr Theoder Herzl. Apa yang mengejutkan ialah Prof. Nilus berjaya membawa keluar minit-minit mesyuarat kongres Zionis di Bassel yang diadakan paa tahun 1897.


Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia yang bernama Miss Glinka. Beliau (Glinka) telah mengupah seorang pencuri yang bernama Joseph Schorst untuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionis selepas kongress Zionis itu berlangsung. Sebenarnya Schorst juga seorang Yahudi tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrimYahudi Zionist. Apa yang diketahui ialah Schorst adalah salah seorang ahli Mizrain Lodge di Paris. 


|Kongress Zionist di Basel|


Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof. Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu. Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen tersebut dalam buku kontroversinya yang bertajuk “The Great Within the Small”. Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof. Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang mistirius dan hanya dapat difahami oleh masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara Arab.


Pada Januari 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusiapada Mac 1917. Perampas kuasa ketika itu, Kerenski (berbangsa Yahudi) telah mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan semua hasil karangannya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason. 


|Rejim Kerenski yang berjaya menguasai Rusia 1917|


Dengan kuasa tuhan, beberapa naskah Prof. Nilus berjaya di selamatkan dan diterbitkan di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada 1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun. 


ULASAN ANEH PROF. NILUS MENGENAI RAJA YAHUDI 


Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang mana saya pecaya Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. Wallahualam… 


ULASAN PROF. NILUS DALAM BUKUNYA "THE GREAT WITHIN THE SMALL"


“….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh…..”


“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.”


“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”


“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.”


Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada bersembunyi di suatu tempat rahsia. Saya juga percaya bahawa Prof. Nilus mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan misteri.




Dan kemudian sehinggalah pada 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan kebuntuan Prof. Nilus (walaupun tidak disebut dalam karyanya) tentang tempat perancangan Dajjal tersebut. Muhammad Isa Dawud dengan hujah-hujahnya yang tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi diSegitiga Bermuda.


Pembaca-pembaca yang telah membaca buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk, “Dajjal akan Muncul….” juga harus ingat bahawa Muhammad Isa Dawud ada menulis dalam bukunya seperti berikut, “….Dajjal melalui agen-agennya….” Perkataan tersebut diulang berkali-kali seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka sedang bersembunyi di suatu tempat yang misterius dan hanya menunggu masa untuk keluar.


Dengan terbitnya buku Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal dipasaran, ia telah merungkai dan membuktikan kebenaran beberapa ulasan-ulasan penyiasat konspirasi Dajjal sebelumnya seperti Henry Ford, Victor E. Marshden dan Prof Nilus sendiri.


Namun begitu, kesemua hipotesis-hipotesis di atas sangat abstrak untuk difikirkan secara logik oleh kebanyakan masyrakat. Oleh itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya.