Pengikut

atas

Selasa, 5 Julai 2011

Dato Onn Jaafar keluar UMNO kerana Freemason?

Apakah yang anda tahu berkaitan UMNO dan Freemason?

Dato Onn Jaafar merupakan pengasas kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang yang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.
Dato Onn Jaafar seorang kerabat diraja Johor (keluarga diraja yang terkenal dengan kebijaksanaan kaum kerabatnya) yang dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan di Melayu sebelum melanjutkan pendidikan ke England (sebuah negara dimana Freemason mula ditubuhkan secara rasmi atau lebih tepat lagi dimantapkan).
Kaitan Dato Onn Jaafar dengan Freemason di Malaysia mula timbul apabila beberapa pemerhati mula memandang serius beberapa petikan daripada ucapan yang pernah diungkapkan oleh Dato Onn Jaafar. Salah satu ucapan daripada ucapan tersebut mengambarkan seolah-olah Dato Onn pernah 'memasuki' ke suatu tempat yang 'misteri' dan...
Dato Onn Jaafar difitnah teruk oleh bangsa sendiri
Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan :

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

Berikut adalah gambar penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang :
Upacara perletakan batu asas
Antara bangunan FREEMASON di Johor :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan