Pengikut

atas

Selasa, 27 Disember 2011

SEJARAH ULAMA-ULAMA AHLI HADIS (MUHADDITSIN) DI INDIA

DIKUTIP DARI

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI INDIA

KARYA

AHMAD FAHMI ZAMZAM, MA
(ABU ALI AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI)

DITERBITKAN OLEH
BA’ALAWI KUALA LUMPUR
1 ZULKAEDAH 1431-H


Abul Hasan Ali Hasani Nadwi


(1333-1420H) (1419-1999M)

KATA PENGANTAR

Masih banyak di kalangan bangsa kita yang belum mengetahui tentang
sejarah umat Islam di India dan tidak sedikit pula yang hanya mengenali
negara India sebagai negara tertua di dunia, negara patung, negara tempoh
lahirnya agama Hindu dan Buddha, negara yang penuh dengan cerita roh ajaib
dan jin besar yang sering menjelma di bawah pohon besar di dalam hutan
belantara.
Gambaran baru yang wujud di akhir-akhir ini, India adalah negara yang
dibintangi oleh Mahatma Gandhi, Jawahar Lal Nehru, Indra Gandhi dan Rajiv
Gandhi atau dalam peta dunia yang baru, tanah besar India telah terbahagi
kepada tiga negara sejak tahun 1947, iaitu Republik India, Pakistan dan
Bangladesh. India adalah sebagai wadah bagi orang-orang Hindu. Manakala
negara Pakistan dan negara Bangladesh adalah menjadi kawasan yang
dikhususkan bagi orang Islam.
Begitulah gambaran yang terlukis di fikiran kebanyakan bangsa kita tentang
India. Mereka tidak mengetahui perkembangan sejarah Islam di sana dan
tidak mengetahui ketinggian tamadun Islam yang tertegak di lembah Sungai
Gangga ini, bahkan banyak yang tidak mengetahui bahawa umat Islam di
India sekarang ini, setelah terjadinya pemisahan India – Pakistan –
Bangladesh, masih berjumlah lebih dari 120 juta ( lebih dari separuh umat
Islam di Indonesia). Dan barangkali ada yang baru mendengar bila kita
katakan bahawa kerajaan Islam pernah tertegak di bumi India lebih dari enam
abad lamanya.
Bagi sebahagian masyarakat kita, adalah menjadi suatu keganjilan apabila
kita katakana bahawa tanah India sekarang ini masih subur dengan alimulama’ dan masih banyak mempunyai pusat-pusat pengajian Islam. Mereka
beranggapan bahawa tanah India telah kosong dari alim-ulama’ denga sebab
2 Penghijrahan kaum Muslimin dari negara India ke Pakisatan dan Bangladesh.
Padahal kaum Muslimin yang masih tinggal di tanah India sekarang ini adalah
lebih kurang sama banyaknya dengan mereka yang berada di Pakistan.
Penulis sendiri sebelum menginjak kaki di tanah India (sebelum Jun 1980)
juga beranggapan demikian. Rasanya masih segar dalam ingatan suatu
perasaan yang sangat dipaksakan dan langkah yang sangat berat ketika
meninggalkan tanahair (Indonesia) menuju India untuk menuntut ilmu
pengetahuan agama. Berbagai tanda-tanya yang timbul di dalam hati. Kenapa
saya dikirim ke India untuk menuntut ilmu agama, bukankah lebih baik kalau
dikirim ke Mesir, Saudi Arabia, Syria atau negara Timur Tengah yang lain.
Namun terpaksa juga berangkat kerana mematuhi nasihat Tuan Guru.
Pada saat itu penulis belum lagi mengenali India. Maklumat tentang India
hanya diperoleh dari sebuah buku tua yang pernah dibaca sewaktu kecil. Apa
yang dapat dikhayalkan tentang India pada waktu itu hanyalah rasa terdengar
kehalusan alunan irama deraian air terjun di puncak pergunungan Himalaya
lalu mengalir ke hilir dan membentuk aliran sungai Gangga. Penulis juga cuba
membayangkan di hadapan mata paras Dr. Mohammad Iqbal, Penyair Islam
yang pernah dilihat gambarnya di dalam sebuah majalah yang pernah dibaca.
Terasa bangga apabila membayangkan alam yang mengelilingi penyair ulung
ini, mungkin lebih menyenangkan hati lagi apabila dapat melihat alam yang
indah itu dari dekat dan dapat menziarahi pusara pujangga yang telah banyak
menghidupkan jiwa-jiwa yang telah terlena dan tertipu dengan kemilau
tamadun Barat. Begitulah kurang lebihnya apa yang terlintas dalam khayalan
semasa berada dalam penerbangan Thai Airways ke New Delhi, India.
Ketika penulis sampai di India dan menginjakkan kaki di halaman Institut
Pendidikan Islam “Nadwatul Ulama’” yang terletak di kota Lucknow (Uttar
Pradesh) pada bulan Jun, 1980M (Rejab 1400H), terasalah udara dan
suasana baru. Penulis terkejut mendengan suara gemuruh seperti bunyi lebah
yang datang dari sudut Masjid, suara anak-anak menghafal Al-Qur’an.
3 Alangkah terkejutnya untuk pertama kali bertemu dengan seorang pelajar
yang berumur 10 tahun yang sudah menghafal Al-Qur’an dengan baik. Penulis
juga erpegun apabila di setiap masjid dikhatamkan Al-Qur’an dalam
sembahyang Terawih di bulan puasa. Ketika inilah juga, buat pertama kalinya
penulis mengetahui tentang kemampuan seorang pelajar berumur 15 tahun
yang sudah hafal Al-Qur’an dan 500 buah hadis dari kitab “Shahih Bukhari”.
Dan terdapat banyak lagi perkara-perkara yang menakjubkan, yang
membenarkan apa yang pernah dikatakan oleh Tuan Guru saya dan
mendustakan atau melenyapkan prasangka yang selama ini menyelimuti hati
saya. Dan timbul di hati saya rasa saying dan terharu terhadap kehebatan
Ulama’ dan masyarakat Islam India.
Keistimewaan yang dilihat di Nadwatul Ulama’ telah mendorong penulis untuk
membaca buku-buku sejarah umat Islam di India, kerana keadaan yang dilihat
pada hari ini adalah hasil dari usaha yang telah ditanam berpuluh-puluh tahun
yang lalu. Betapa bangga hati penulis apabila mengetahui bahawa kerajaan
Islam telah tertegak di bumi India selama enam abad lamanya,dan penulis
begitu terharu ketiak membaca kitab “Nuzhatul Khawathir fi Bahjatil Masami’
wan Nawazhir” dalam lapan jilid besar yang dikarang oleh Sayyid Abdul Hayy
Fakhruddin al Hasani an Nadwi (Ayah Sayyid Abul Hasan Ali al Hasani an
Nadwi) yang mengandungi riwayat hidup 4500 ulama’ besar India dan tokohtokoh agama sepanjang sejarah Islam di India. Saya juga sangat terharu bila
membaca kitab “Ast-Staqafatul Islamiah Fil Hindi”, juga karangan Sayyid
Abdul Hayy Fakhruddin Abul Hasan Ali al Hasani an Nadwi yang banyak
menyebut tentang tamadun Islam di India. Dan banyak lagi kitab lain yang
sempat dibaca yang dapat memberikan gambaran yang benar terhadap
perkembangan Islam di tanah besar India ini.

Penulis sangat menghormati bangsa India yang telah banyak melahirkan
ulama’ dan telah banyak pula mengarang kitab yang besar-besar. Justeru itu,
timbullah keghairahan untuk memperkenalkan mereka kepada kaum



4 muslimin dan penggemar sejarah Islam di negara kita. Alangkah ruginya kalau
tanah India yang kaya dengan ulama’ dan Institusi Pendidikan Islam ini kita
biarkan begitu saja, tidak diperkenalkan kepada bangsa kita. Penulis merasa
terpanggil untuk menulis Sejarah Perkembangan Islam di India dalam bahasa
Indonesia supaya bangsa kita dapat membaca dan merasakan suatu
kebanggaan terhadap sejarah umat Islam India yang merupakan hak kita
bersama sebagai umat yang seagama dan mempunyai satu cara hidup.
Kita tidak menafikan wujudnya buku-buku yang telah ditulis mengenai sejarah
India secara umumnya dan sejarah umat Islam di India, khasnya. Tetapi
kebanyakan buku-buku tersebyt hanya menyebut “Jatuh bangun takhta
kerajaan atau percaturan politik yang belum bisa dijadikan gambaran yang
tepat kepada sejarah perkembangan Islam, baik dari sudut dakwah,
pemikiran dan peradaban”.
Kita masih perlu kepada pernyataan yang lebih jelas mengenai corak
masyarakat, ketinggian tamadun, budaya dan perkembangan dakwah
Islammiyyah serta pola pemikiran yang tumbuh dan berkembang di tanah
India ini, maka buku ini diketengahkan adalah dalam usaha untuk mengisi
kekosongan sejarah ini.
Pihak orientalis Bara sangan banyak menulis tentang sejarah Islam di India.
Namun tidak dapat dinafikan nilai-nilai ilmiah yang dikemukan itu telah
banyak dicampur-aduk dengan semangat kebencian terhadap umat Islam dan
telah diwarnai oleh kepentingan imperialis terhadap dunia Islam – (sebagai
contoh, cuba lihat pujian mereka terhadap Sultan Akhbar yang zalim itu dan
celaan mereka terhadap Sultan Auranzeb yang soleh dan adil). Dan yang lebih
ganjil lagi, wujudnya sebahagian penulis kita yang hanya banyak
mem’photostate’ apa yang telah ditulis oleh orientalis tanpa membuat
penilaian dan perbandingan dengan karya-karya yang telah dihasilkan oleh
para ulama’ dan sejarahwan Islam India sendiri.
5 Alhamdulillah, penulis bersyukur kerana berkesempatan tinggal di India lebih
kurang enam tahun (1980 – 1987) dan berkesempatan membaca buku-buku
sejarah umat Islam di India yang ditulis oleh ahli sejarah bangsa India sendiri
dari para Ulama’ dan Muarrikhin serta menerima buah fikiran dari tokoh-tokoh
Islam India. Di samping itu, saya berkesempatan pula mengunjungi beberapa
tempat bersejarah, maka terhasillah buku “Sejarah Perkembangan Islam di
India” ini sebagai himpunan dari sejarah yang ditulis dan kenyataan yang
dilihat.
InsyaAllah setelah itu akan kita sebutkan sebab-sebab yang menghalang
perkembangan Islam di India sebelum abad kesepuluh Hijrah, sehingga babak
ini diakhiri dengan satu puncak kemerosotan, iaitu di zaman Sultan Akhbar
yang memerintah di akhir abad kesepuluh Hijrah. Zaman pemerintahan
Akhbar adalah suatu zaman yang sepatutnya disifatkan dengan “Zaman
Kegelapan” dalam sejarah perkembangan Islam di India, walaupun bagi
orientalis dan pengikut-pengikutnya menganggap zaman Akhbar sebagai
zaman keemasan pemerintahan kerajaan Mongol.
Setelah itu akan kita sebutkan peranan seorang ulama’ ahli sufi, iaitu Imam
Ahmad As Sirhindi yang dapat merubah haluan pemerintahan kerajaan
Mongol yang hampir binasa itu. Beliau telah mampu memulihkan keadaan
yang sudah terlalu rosak, sehingga hilanglah zaman kegelapan itu dan
berganti dengan zaman pemerintahan yang adil di zaman Sultan Auranzeb,
seorang raja yang soleh lagi adil yang telah dizalimi sejarahnya oleh pihak
orientalis dan pengikut-pengikut mereka.
Kita juga menyebutkan bagaimana peranan Imam Waliyullah Ad Dahlawi yang
telah sukse merubah haluan pemikiran umat Islam India. Beliau sukses
mengorak pemikiran mereka yang “jumud” ke alam pemikiran yang terbuka
dan produktif. Beliau telah dapat melahirkan generasi yang meneruskan citacitanya, sehingga umat Islam India muncul sebagai ulama’-ulama’ yang unggul
di bidang ilmu hadis pada tiga abad yang terakhir ini.
Diambil dari mukadimah Sejarah Perkembangan Islam di India karya KH Ahmad Fahmi ZamZam, MA
6 ULAMA’-ULAMA’ AHLI HADIS
(MUHADDITSIN)
DI INDIA

Di zaman Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik Al-Umawi, iaitu di akhir abad
pertama Hijrah, Muhammad bin Qasim Ast-Staqafi telah dapat membuka
wilayah Sind di Barat Laut India. Sejak saat itu wilayah Sind telah rasmi
menjadi daerah kekuasaan pemerintahan Islam yang berpusat di Damascus
dan begitu pula ketika pusat pemerintahan Islam berpindah dari Damascus ke
Baghdad di Iraq semasa pemerintahan Bani Abbas. Dalam masa yang
berkurun-kurun ini banyak ulama’ dan tokoh-tokoh agama yang datang ke
tanah India terutama dari keturunan Ali bin Abi Thalib yang lebih dikenali
dengan panggilan Alawiyyin, kerana mereka lari dari kekejaman Bani
Umaiyyah dan Bani Abbad yang sentiasa dendam terhadap mereka.
Para ulama’ ini datang ke tanah India membawa ilmu pengetahuan dan ajaran
agama. Di antara mereka yang terkenal ialah Syekh Israil bin Musa al-Bashri
yang berasal dari Kota Basrah (Iraq) dan Syekh Mansur bin Hatim An-Nadwi,
seorang ahli ilmu nahu (ilmu tata bahasa Arab), Syekh Ibrahim bin Ahmad AdDibuli, Syekh Ahmad bin Abdullah Ad-Dibuli, Syekh Abul Abbas Ahmad bin
Muhammad Al-Mashur dan lain-lain lagi.
Ketika Sultan Mahmud Al-Ghaznawi datang memasuki India pada akhir abad
keempat Hijrah, banyak pula ulama’ yang datang mengiringinya. Kebanyakan
dari mereka itu datang dari daerah Khurasan dan Iran Utara. Mereka datang
ke India untuk menyebar-luaskan ilmu pengetahuan dan berdakwah kepada
jalan Allah. Tetapi mereka telah membawa pola pemikiran baru dan corak ilmu
pengetahuan yang tersendiri. Mereka sangat fanatic dengan Mazhab Hanafi
yang mereka anuti. Mereka sibuk dan lebih banyak mementingkan masalahmasalah kilafiyah dan falsafah Yunani yang telah usang itu daripada kembali
kepada Al-Qur’an dan Hadis.
7 Dari itu lahirlah generasi penerus yang mewarisi ilmu mereka. Terlalu sedikit
yang mempelajari ilmu hadia dan Tafsir. Sekiranya ada di antara mereka yang
telah membaca kitab hadis “Masyraiqul-anwar” karangan Imam Ash-Shaghani
atau kitab “Masgabihus Sunnah” karangan Imam Muhyis-Sunnah Husen al
Farra, ia sudah merasa ilmu hadisnya sudah mendalam. Dan sekiranya ada di
antara mereka yang sudah membaca kitab “Misykatul-Mashabiih”, dia merasa
sudah sampai ke martabat ahli hadis.
Pengetahuan hadis masih terasa dangkal di kalangan ulama’ India, sehingga
ke akhir abad yang kesepuluh Hijrah. Pada akhir abad ini, datanglah beberapa
ulama’ hadis ke Tanah India seperti Syekh Abdul Mu’thi Al-Makki (wafat tahun
999H) yang datang dari tanah suci Mekkah, Syekh Syihabuddin Ahmad AlMishri (wafat tahun 992H) dari Mesir dan Syekh Muhammad bin Ahmad AlFaakihani (wafat tahun 992H). Mereka datang ke Tanah India untuk
menyebar-luaskan ilmu Hadis dan mengajarkannya kepada ulama’-ulama’
India pada ketika itu.
Dari apa yang ditanamkan oleh para ulama’ yang kita sebutkan di atas,
lahirlah generasi yang bersemangat untuk memperdalami ilmu hadis dari
bangsa India sendiri. Mereka sudah mulai menggemari ilmu hadis dan
merasakan kelazatannya. Banyak di antara mereka yang pergi ke Tanah Suci
Mekkah untuk belajar ilmu hadis dari ulama’-ulama’ besar, ahli hadis yang
mengajar di sana.
Di antara ulama’ India yang terkenal dalam ilmu hadis pada waktu itu ialah
Syekh Abdullah bin Sa’dullah As-Sindi, Syekh Rahmatullah As-Sindi, Syekh
Yaqub Al-Kasynuru (wafat tahun 1003H), Syekh Abdullah Syamsuddin AlSultanpuri dan Syekh Muhammad Tahir Al-Fatani Al-Ghujerati yang
mengarang kitab “Majma’ul Biharil Anwar, Fi Gaharaibit Tanzili Wa Lathaifil
Akhbar”, sebuah kitab yang sangat penting dalam ilmu hadis kerana ia
memuatkan perbahasan yang menerangkan kalimat-kalimat sulit yang sering
ditemui dalam kitab-kitab hadis.
8 Setelah itu lahirlah Syekh Abdul-Haq Bin Saifuddin Ad-Dahlawi (958 – 1052H).
Beliau sangat gigih berusaha meluaskan penyebaran ilmu hadis di tanah
India. Beliau telah menulis dua kitab hadis yang merupakan keterangan
kepada kitab Misykatul-Mashabih. Kitab pertama dalam Bahasa Persia
dinamakan “Asyi’atul Lama’at” dan yang kedua dalam Bahasa Arab berjudul
“Lama’atut Tanqih”. Setelah beliau wafat , tugas ini diteruskan oleh anaknya
yang bernama Syekh Nurul Haq Ad0Dahlawi (wafat tahun 1075H), pengarang
kitab “Taisirul Qari Syarhil Bukhari” dalam Bahasa Persia, bahasa umat Islam
India ketika itu.
Setelah itu datanglah satu babak baru yang dipimpin oleh Imam Ahmad Bin
Abdur-Rahim, yang lebih terkenal dengan sebutan Syah Walyullah Ad-Dahlawi
(wafat tahun 1176H). Beliau merupakan pangkal keberhasilan ulama’ India
merebut martabat yang tinggi dalam ilmu hadis dari abad ketiga belas yang
lalu sehingga kini.
Pada mulanya, Imam Waliyullah Ad-Dahlawi telah berguru dengan ayahnya
sendiri, Syekh Abdur-Rahim Ad-Dahlawi. Kemudian beliau meneruskan
pelajarannya ke Tanah Suci Mekkah dan Madinah. Di Madinah beliau telah
berguru dengan seorang ahli hadis yang berasal dari bangsa Kurdi bernama
Syekh Abu Tahir Al-Kurdi. Ad-Dahlawi begitu terpengaruh dengan gurunya itu
dan hatinya terdorong untuk terus duduk di dalam halaqahnya (majlis
ta’limnya) selama beliau berada di Madinah. Apabila pulang ke India, beliau
terus menyebarkan ilmu hadis yang telah diterima dari gurunya tadi. Dahlawi
juga mempunyai kecerdasan yang luarbiasa sehingga beliau dapat
mengembangkan bakatnya yang telah ada. Banyak rahsia ilmu hadis yang
dapat dikeluarkannya. Beliau adalah pembuka babak baru dalam lembaran
sejarah ilmu hadis di India.
Tiga puluh tahun lamanya Dahlawi mengajar hadis di Madrasah Darul Uluum
Delhi. Banyak ulama’ hadis yang dapat dilahirkannya dan banyak pula di
antara mereka yang mengarang kitab-kitab hadis yang penting dan menjadi
bahan rujukan para pengkaji dalam bab ini.
9 Syah Abdul Aziz Bin Syah Waliyullah Ad-Dahlawi adalah pewaris ilmu dan bakat
ayahnya. Beliau bersama tiga orang saudaranya yang lain iaitu Syah Abdul
Qadir, Syah Rafi’uddin dan Syah Abdul Ghani telah dapat memenuhi cita-cita
ayahnya. Mereka adalah empat orang bersaudara yang tidak dapat dilupakan
peranannya dalam sejarah ilmu Hadis di tanah India.
Generasi ini kemudian disambung oleh Jamaah Muhaddissin yang diketuai
oleh Syekh Muhammad Ishaq Ad-Dahlawi, cucu Syah Abdul Aziz Ad-Dahlawi
bersama dengan Syekh Abdul Hayy bin Hibatullah Al-Burhanuwi, Syekh Abu
Said Ad-Dahlawi dan Syekh Abdul Haq Bin Fadhullah Al-Ustmani.

Setelah itu datanglah generasi baru yang dipimpin oleh Syekh Abdul Ghani bin
Syekh Abu Said Ad-Dahlawi (wafat tahun 1292H), pengarang kitab “Injahul
Hajah Fi Syarhi Sunani Ibni Majah”. Syekh Abdul Ghani merupakan Khalifah
dan pewaris ilmu dari Syekh Muhammad Ishaq Ad-Dahlawi.
Syekh WIlayat Ali Al-Azhimabadi juga termasuk ulama’ ahli Hadis yang
masyhur pada waktu itu. Di samping sebagai seorang Muhaddith, beliau juga
salah seorang pemimpin tentera Mujahiddin yang menyertai perjuangan Imam
Ahmad bin Irfan Asy-Syahid. Banyak orang datang berguru dengannya. Mereka
sangat kagum dengan peribadi beliau yang dapat menemukan antara
kepahlawanan dan keilmuan yang mendalam.
Setelah itu datang period baru yang lebih banyak lagi melahirkan ulama’-
ulama’ ahli ilmu Hadis. Pada period ini, pusat pengajian Ilmu Hadis bukan
hanya di kota Delhi sahaja, tetapi sudah tersebar di kota-kota lain.
Di Delhi, ulama’ ahli Hadis berguru dengan Syekh Sayyid Nadzir Hussen AdDahlawi (wafat tahun 1320H). Beliau telah mengajar ilmu Hadis selama 50
tahun sehingga dapat berguru dengan beliau seorang datuk dan cucunya. Kita
tidak dapat mengira berapakah jumlah murid-muridnya. Pendek kata, di setiap
kampung terdapat orang yang pernah berguru dengan beliau.
10 Di Gangguh, ahli Hadis berguru dengan Syekh Rasyid Ahmad Al-Ghanghuhi
(wafat tahun 1323H). Beliau adalah murid terbesar dari Syekh Abdul Ghani
Ad-Dahlawi. Beliau mengajar selama 30 tahun di pondok yang beliau dirikan di
kampung Gangguh yang jauh di pedalaman itu. Meskipun demikian, para
penuntut tetap datang ke sana untuk mengambil ilmunya. Syekh Rasyid
Ahmad Al-Gangguhi biasanya mengajar semua Kutubus-Sittah (enam buah
kitab Hadis yang masyhur itu) dan menamatkannya dalam satu tahun. Kitab
karangan beliau yang terkenal ialah “Al-Kaukabud Durri Ala Jami’it Tirmizi”
dalam dua jilid besar dan kitab “Al-Kawakibud dari Alal Bukhari”. Kedua kitab
tersebut adalah kumpulan dari keterangan yang beliau berikan ketika
mengajar kitab Hadis Tirmizi dan kitab Shahih Bukhari yang telah
dikumpulkan oleh murid beliau yang bernama Syekh Muhammad Yahya AlKandahlawi.
Di Lucknow, ahli Hadis berguru dengan Syekh Abdul Hayy bin Abdul Halim AlLaknawi (wafat tahun 1304H). Beliau selain mengajar, juga banyak
mengarang kitab. Kitab karangannya lebih dari 110 buah. Di antaranya ada
yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Urdu dan Persia. Kitab beliau
ini telah menjadi bahan rujukan ulama’ ahli Hadis, sama ada di India
mahupun di luar negeri. Di antara karangan beliau yang terkenal ialah “Assia’yah Fi Syarhil Wiqayah, Mishbahud-Duja, At-Ta’liqul Mumajjad ‘Ala
Muwaththail Imam Muhammad, Ar-Raf’u Wat Takmil Fil JARHI Wat Ta’dil,
Imamul-Kalam Fima Yata’allaqu Bil Qiraati Khalfal Imam, Al-Fawaidul bahiyyah
Fi Tarajimil Hanafiyyah” dan lain-lainnya.
Di Bhopal, ulama’ Hadis berguru dengan Sayyid Shiddiq Hasan Khan (wafat
tahun 1317H). Beliau juga merupakan salah seorang ulama’ India yang
banyak mengarang. Semua karangannya telah mendapat sambutan baik di
kalangan ahli Hadis. Kitab karangan beliau berjumlah 222 buah yang meliputi
berbagai ilmu dan perbahasan dan 56 buah di antaranya berbahasa Arab dan
yang lainnya dalam bahasa Urdu dan Persia. Di antara karangannya yang
terkenal ialah kitab “Nuzulul Abrar Fi Syarhi Muntaqul Akhbar” (yang
merupakan ringkasan dari kitab “Nailul Authar” karangan Imam Asy-Syaukani),
11 Al-Hiththah Bi Dzikri Shihahis-Sittah, (kitab yang membahaskan masalahmasalah sulit yang terdapat di dalam Kutubus-Sittah), Miskul Khitam Fi Syarhi
Bulughil Maram (dalam bahasa Persia), Fathul Allam Fi Syarhi Bulughil Maram
(dalam bahasa Arab), ‘Aunul Bari Fi Halli Adillatil Bukhari, (Syarah Shahih
Bukhari dalam empat jilid besar), As-Sirajul Wahhaj Min Kasyfi Mathalibi
Shahihi Muslim Ibnil Hajjaj (syarah Shahih Muslim), Fathulbayan Fi Maqashidil
Quran (Tafsir Al- Quran dalam sepuluh jilid besar), Nailul Maram Fi Tafsiri
Ayatil Ahkam (kitab yang khusus mentafsirkan ayat-ayat hukum), AbjadulUluum, AtTajul Mukallal, Al Bughah Fi Ushulil Lughah, Al alamul Khaffaq Fi
Limil Isytiqaq” dan lain-lain.
Di Bihar, para ahli Hadis berguru dengan Syekh Syamsul-Haq Ad-Diyanawi,
murid terbesar Syekh Sayyid Nazir Husen Ad-Dahlawi. Beliau adalah
pengarang kitab “At-Ta’liqul Mughni Fi Syarhid Daraquthni” dalam dua jilid dan
kitab “Ghayatul-Maqshud Fi Syarhi Abi Daud” yang kemudiannya disiapkan
oleh muridnya Syekh Asyraf Ad-Diyanawi dan kitab itu diberi nama “Aunul
Ma’bud Fi Syarhi Abi Daud”, syarah kitab Abu Daud yang tidak asing lagi bagi
setiap orang mendalami kitab ini.
Setelah itu datang pula period baru yang berpusat di pesantren Darul Uluum
Deoband dan pesantren Mazhahirul Uluum Saharanpur dan di beberapa
tempat lain di Kota A’zamgarh.
Di Deoband, ilmu Hadis mulai berkembang pesat sejak Syekh Rasyid Ahmad
Al-Ghanghuhi datang mengajar ke sana, kemudia disambung oleh Maulana
Asaraf Ali Al-Tahanwi (wafat tahun 1362H). Beliau adalah murid terbesar
Syekh Rasyid Ahmad Al-Ghanghuhi dan yang mewarisi ilmunya. Kitab beliau
yang bernama “I’laus-Sunnan” dalam 18 jilid sudah cukup menjadi saksi atas
kedalaman ilmu beliau di bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Setelah itu disambung
pula oleh Syekh Mahmudul Hasan Ad-Deobandi (wafat tahun 1330H) yang
lebih terkenal dengan gelaran Syekhul Hind. Selain dari seorang ulama’ ahli
Hadis, beliau juga seorang muhajid yang gigih berjuang untuk membebaskan
12 India dari jajahan Inggeris. Beberapa tahun lamanya beliau dibuang ke Pulau
Andaman kerana Inggeris mencurigai beliau membuat gerakan bawah tanah
yang sangat membahayakan imperialis Inggeris. Setelah itu datanglah giliran
murid beliau yang bernama Syekh Anwar Syah Al-Kashmiri, pengarang kitab
Faidhul Bari Ala Sahahihil Bukhari yang merupakan keterangan singkat dan
padat pada kitab Shahih Bukhari.
Di Saharanpur, pengajaran ilmu Hadis mulai giat sejak dari Maulana Khalil
Ahmad As-Saharanfuri (wafat tahun 1346H) mulai mengajar di madrasah
Mazhahirul-Uluum Saharanpur. Beliau adalah salah seorang di antara khalifah
dan pewaris ilmu Syekh Rashid Ahmad Al-Ghanghuhi dan beliau adalah
pengarang kitab “Bazlul Majhud Fi Halli Abi Daud” dalam 20 jilid besar yang
merupakan syarah yang terlengkap kepada kitab Hadis Abu Daud dan beliau
juga adalah pengarang kitab “At-Ta’liqat”, keterangan singkat kepada kitab
Shahih Bukhari.
Kemudian kedudukan Maulana Khalil Ahmad As-Saharanfuri dalam mengajar
ilmu Hadis digantikan oleh muridnya, Syekh Yahya Al-Kandahlawi. Syekh
Yahya kemudiannya digantikan oleh anaknya yang bernama Syekh
Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi. Selain dari mengajar, Syekh Zakaria juga
banyak mengarang kitab. Kitab beliau yang terpenting ialah “Aujazaul Masalik
Ila Muwathhai Malik” syarah yang panjang lebar pada kitab Muwattho’
karangan Imam Malik. Kitab ini terdiri dari enam jilid besar. Kitab lain ialah
Kitab “Al Lami’ud-Dari Fi Syarhil Bukhari” dalam empat jilid dan kitab “AlAbwab Wat Tarajim Lil Bukhari” yang menerangkan maksud Imam Bukhari
dalam mentabwibkan (membuat bab) dalam kitabnya.
Di kota A’zamgarh juga banyak ulama’ Hadis yang lahir dan mempunyai
peranan penting dalam pengembangan ilmu Hadis di tanah India. Di antara
mereka yang terkenal ialah Syekh Abdul Rahman Al-Mubarakpuri, pengarang
kitab “Tuhfatul Ahwazi Fi Syarhit Tirmizi” dalam lima jilid besar dan jilid
pertama khusus untuk Muqaddimah yang menerangkan dasar-dasar ilmu
hadis yang amat penting diketahui oleh orang yang hendak memperdalami
13 ilmu Hadis, khususnya sunan Tirmizi. Dan Maulana Ubaidullah Abdur Rahman,
pengarang kitab “Al-Mir’at Fi Syarhil Misykat” dalam empat jilid besar yang
merupakan syarah yang terlengkap dan paling merangkumi permasalahan
yang berhubungan dengan kitab “Misykatul Mashabih”.
Kita tidak dapat melupakan peranan Maulana Habibul Rahman Al-A’zhami
sebagai seorang pentashih, pengulas dan penerbit kitab “Al-Mushannaf”,
karangan Imam Abdur Razzak Ash-Shan’ani seorang ulama’ ahli Hadis yang
berasal dari Yaman, Kitab ini telah diterbitkan dalam enam belas jilid besar.
Demikian juga “Musnadul Humaidi” yang juga ditashih dan diterbitkan oleh
Syekh Habibur Rahman Al-A’zhami. Maulana Habibur Rahman masih hidup
sehingga kini (1987) dan beliau mengajar ilmu Hadis di Madrasah Miftahul
Uluum yang terdapat di daerah A’zamgrah.
Perhatian ulama’ India di bidang ilmu Hadis ini tetap berterusan sehingga hari
ini dan masih terdapat banyak lagi tokoh-tokoh generasi penerus yang hidup
dan memikul tugas ini. Mereka tetap mempertahankan kedudukan mereka
dalam mencapai darjat yang tinggi di dalam bidang Hadis sejak dari dua abad
yang lalu.
Syekh Muhammad Rasyid Ridha (wafat 1935H) seorang ulama’ besar dari
Mesir telah mengakui tentang keunggulan ulama’ India dalam menduduki
martabat tertinggi di bidang ilmu Hadis. Beliau menyatakan:
“Kalau bukan kerana usaha ulama’ India untuk mendalami ilmu Hadis di
akhir-akhir ini, ia tentu telah hilang dan lenyap dari dunia Islam. Ilmu Hadis
telah lemah dan tidak mendapat perhatian dari ulama’ Mesir, Syam
(Palestine, Jordan dan Syria) dan Hijaz (Mekah dan Madinah) sejak dari
permulaan abad kesepuluh hingga kini.


14 KARYA-KARYA TAMBAHAN
Selain dari apa yang disebutkan sebelum ini, ulama’ ahli Hadis dari India juga
mempunyai karangan yang lain-lain, di antaranya ialah:
1. “Masyariqui-Anwar”, karangan Syekh Hasan bin Muhammad AshShaghani At-Lahori. Ia merupakan Kitab Hadis yang mengumpulkan
hadis-hadis yang terdapat dalam Kutubus-Sittah.
2. “Kanzul’ Ummal fi Sunanil Aqwal Wal Af’al”, karangan Syekh
Alauddin Ali bin Hishamuddin Al-Muttaqi (wafat tahun 973H). Kitab
ini sangat penting kepada orang yang hendak mendalami ilmu Hadis
kerana di dalamnya dihimpunkan hadis-hadis yang bertebaran di
sana-sini dalam kitab-kitab hadis yang besar.
3. “Al’Urwatul Wustqa Limuttabi’I Sunnati Sayyidil Wara”, karangan
Syekh Abdullah Ash-Shiddiqi Al-Alahabadi. Kitab ini disusun
mengikut susunan kitab-kitab Fiqh.
4. “Khairul Mawa’izh”, karangan Syekh Abur-Raja Muhammad Zaman
Asy-Syah Jahanpuri, sebuah kitab Hadis yang disusun mengikut
susunan kitab Raiyadhus Shalihin, karangan Imam Nawawi.
5. “Syarhul Muntaqa Libnul Jaruud”, karangan Mufti Shibghatullah bin
Muhammad Ghaust Asy-Syafi’I Al-Madrasi.
6. “Sati’ul Anwar Min Kalami Sayyidil Abrar”, karangan Syekh
Nashiruddin Al-Burhanpuri.
7. “HIdayatul-Ghawi fil Manhajis-Sawiyy Fith-Thibbin Nabawi”, karangan
Syekh Muhammad Ghaust Al-Madrasi. Sebuah kitab yang
mengumpulkan hadis-hadis yang berkenaan dengan perubatan.
8. “Sultanul Azkar”, karangan Syekh Nurul Hasan bin Shiddiq Hassan
Khan. Kitab ini merupakan ringkasan dari Kitab “Amalul Yaumi Wal
Lailati”, karangan Imam Ibnus-Sunni.
9. “Hadistul Arba’iin”, karangan Imam Waliyullah Ad-Dahlawi telah
menyebutkan 40 buah hadis yang diriwayatkan sampai kepada
Rasulullah SAW dengan perantaraan Saidina Ali bin Abi Thalin r.a.
15 10. “Tarjumanus-Sunnah”, karangan Syekh Badar Alam Al-Mirati dalam
empat jilid besar.
11. “Astaarus Sunan”, karangan Syekh Zhahir Ahsan An-Nimawi. Kitab
yang menyebut hadis-hadis yang dijadikan hujah dalam mazhab
Hanafi dan kitab ini merupakan suatu pendekatan antara mazhab
Hanafi dengan Al-Hadis pada beberapa masalah yang dikatakan
bahawa mazhab Hanafi bertentangan dengan hadis.
12. “Syarhut-Thahawi”, karangan Syekh Muhammad Yusuf AlKandahlawi.
13. “At-Ta’liqus Shabih Ala Misykatil-Mashabih”, karangan Syekh
Muhammad Idris Al-Kandahlawi. Satu syarahan kepada kitab
“Misykat”.
14. “Al-Mushaffa”, karangan Syekh Ya’qub Al-Bayani Al-Lahori.
15. “Al-Muhalla”, karangan Syekh Salamullah Ad-Dahlawi.
16. “Al-Mussawa”, karangan Syekh Waliyullah Ad-Dahlawi.
17. “Al-Mushaffa”, karangan Syekh Waliyullah Ad-Dahlawi (dalam
bahasa Persia).
SYARAH-SYARAH KITAB SHAHIH BUKHARI:
1. “Hidayatus Salik”, karangan Imam Mufti Shibghatullah Al-Madrasi.
2. “Faidhul Bari”, karangan Sayyid Abdul Awwal Al-Hussaini.
3. “Al-Khairul Jari”, karangan Syekh Ya’qub Al-Bayani Al-Lahori.
4. “Anwarul Bari’, karangan Syekh Sayyed Ahmad Ridha Al-Bajnuri
(dalam bahasa Urdu).
SYARAH-SYARAH SHAHIH MUSLIM:

1. “Al-Mu’allim”, karangan Syekh Ya’qub Al-Bayani Al-Lahori.
2. “Al-Matharus-Tsajjaj Fi Syarhi Muslim Ibnil Hajjaj”, karangan Syekh
Waliyullah Ahmad Al-Muttaqi Al-Farrukhabadi.
3. “Fathul Mulhim”, karangan Syekh Syabbir Ahmad Al-Ustnabu,


16 SYARAH SUNAN ABU DAUD:

1. “At-Ta’liqul Mahmud”, karangan Syekh Fakhrul Hasan Al-Ghanghuhi.

SYARAH TIRMIDZI:

1. “Ja-izatusy Sya’wazi”, karangan Syekh Wahiduzzaman Al-Laknawi.
2. “Ath-Thibusy-Syaziyy”, karangan Syekh Isyfaqur-Rahman Al-Kandahlawi.
SYARAH SUNAN NASAI:

1. “Ar-Raudhur-Raba Fi Syarhi Sunanil Mujtaba” (Sunan Nasai),
karangan Syekh Wahiduzzaman Al-Laknawi.

SYARAH SUNAN IBNU MAJAH:

1. “Raf’ul Ujajah”, karangan Syekh Wahiduzzaman Al-Lakna

DALAM ILMU USHUL HADIS DAN ASMAUL-RIJAL:

1. “Syarhu Nukhbatil Fakir,” karangan Syekh Wahiduddin Al-Alawi AlGhujarati.
2. “Im’anun Nazhar Fi Syarhi Nukhbatif Fikar”, karanganan Syekh
Muhammad Akram As-Sindi.
3. “Bughyatul Gharib Fi Mushthalahi Astaril Habib”, karangan Sayyid
Murtadha Al-Husaini Al-Bilkarami.
4. “Al ‘Ujalatun Nafi’ah” (dalam bahasa Persia), karangan Syekh Syah
Abdul Aziz bin Waliyullah Ad-Dahlawi.
5. “Manhajul Wushul ila Ishthilahi Ahadistir-Rasul”, (dalam bahasa
Persia), karangan Sayyid Shiddiq Hasan Khan.
6. “Al-Asmaul Musaddad Fi Ruwati Muwaththail Imam Muhammad”,
karangan Syekh Muhammad Idris An-Nakarami.
17 7. “al-Hawi Ala Rijalit Thahawi,” karangan Maulanan Habibur-Rahman AlA’zhami.
8. “Al-Yani’ul Jani Fi Asanidis Syekh Abdul Ghani”, karangan Syekh
Muhsin Yahya At-Turahati.

























18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan