Pengikut

atas

Ahad, 31 Julai 2011

Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

Seorang pemuda bangun awl pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .
Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab
"Aku adalah IBLIS"
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.
Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat....'
Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .

Garam Bukit


Apakah itu garam bukit.?
Garam bukit merupakan salah satu jenis garam yang kita gunakan seharian dalam makanan. Tetapi bukan garam itu, kira ianya adik beradik la.
Asal-usul garam bukit.
Ia lebih dikenali sebagai GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garamorganik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.
Berbeza dengan garam biasa.
Garam Gunung Himalaya ternayata berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garammerupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya.
Kebaikan garam bukit. 
Kalau anda perasan ada ketenangan, nyaman, selesa bila ditempat-tempat seperti dihutan,bukit-bukit, kawasan pergunungan, air terjun, tepi pantai atau pun selepas hujan lebat. Ini adalah kerana di tempat tersebut dan juga selepas hujan lebat, kandungan ion negative adalah lebih tinggi pada ketika itu yg menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance.
Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya. Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
Bagaimana pula dengan garam lampu bukit?
Sama sahaja dia punya kebaikannya, cuma dari segi psikologi ia dilihat sedap mata memandang, fikiran, dari segi bentukknya, dan apabila ia berada disekitarnya, misalnya di letak pejabat-pejabat, ia melepaskan ion-ion yang bagus untuk tubuh manusia dan juga tumbuhan sekelilingnya.
Kebaikan garam bukit yang lain.
-Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara
- Mengurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Mepercepatkan proses penyembuhan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tanhap serotomin dalam aliran darah
Apa itu Ion Negatif?
Berbilion-bilion ion negatif dihasilkan secara semulajadi melalui angin, cahaya matahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. Tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu ion negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. Ion positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.
Dr Albert P. Krueger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji di Universiti California, mendapati bahawa kuantiti Ion Negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkir bakteria dalam udara dengan cepat. Jadi, dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang. Kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam Bukit boleh meningkatkan Ion Negatif (vitamin udara) sehingga 300 atau 3 kali ganda.
Kajian saintifik Institut penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara. Garam adalah bersifat semulajadi (neutral) permukaan garam akan mnyerap lembangan dari udara. Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah-zarah ion negatif ke udara. Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.

KISAH PUASA MASA KECIK

by Kumbang Jingga

Tingat posa masa aku kecik..masa aku kecik ni bukan masa aku kurus tau..tapi masa aku budak2 lg k..skang pun kecik lg hehe...mcm bese mak ngn abah aku akan bagi duit kalau posa...inilah trick yg di amalkan sejak dulu kala lg..budak2 zaman dulu mahupun skang semuanya mata duitan termasuk aku kihkihkih...duit tu aku guna beli ice krim pop yg jenis kepak dua tu. Ais krim tu aku suka kepak dengan hentak dua kat kepala lutut aku mcm ahli gusti wat tu..korang leh imagine tak hahaha.dasyat giler skill aku dulu hehe...takpun duit tu aku beli dora ngn dendang..takpun aku beli helikopter yg pusing pakai tangan tu...lupa nak ckp..aku beli pas raya tau semua tu..hehe..
Masa kecik memang aku pun start posa separuh hari je..org panggil posa yang yuk..separuh hari dapat 50 sen je..kalau posa penuh dpt singgit..30 hari dpt 30 ringgit..bnyk tu kalau dulu....Aku ingt lg hari pertama posa balik sekolah terus bukak peti ais sambil minum ..gulp gulp gulp..pastu tingat "Eh posa arini"..seyes memang tak ingt...hehehe..

Masa bukak posa plak bila aku dengaq ja azan terus aku minum ayaq..pastu tetiba mak aku ckp.."Eh tak leh minum lg..itu bunyi azan dari tv..baru azan kl". Pastu aku cakap."Dah termakan nk wat camne..terus makan lah erk mak"hehehe...

Masa adik sedara aku kecik lagi la, masa tu dia nak berlatih puasa sebab mak dia janji setiap hari dia puasa dia akan dapat duit raya lebih. Jadi dia pun puasa la, cuma ada satu hari dia tak bangun sahur. Bila dia bangun dah pukul lapan pagi jadi lepas sahur, itu membuatkan dia tidak puas hati. Lalu adik sedara aku pun makan breakfast pada pukul 8.30 pagi lepas tu sambung puasa tanpa rasa bersalah he.he.he.


Masa aku kecik-kecik dulu, sebelum puasa diumumkan, aku selalu nampak atok ensem (pemegang mohor2 besar diraja) dalam tibi. aku pernah tanya mak masa itu, “mak, depa tau mana esok posa”. Mak kata ” depa teropong tengok anak bulan, kalau nampak anak bulan kat langit, haa esok bleh posa la”. Aku kata ” Oooooo, anak bulan”.

Masa tu aku memang ada teropong, aku pon ambik topong tu dan tengok ” Haa, betul la ada anak bulan..yeay..yeay esok posa”.

Masa aku pi sekolah, aku tanya cikgu tadika.. “cikgu, malam saya nampak anak bulan.nak tanya cikgu bleh tak?”. cikgu kata “haa, apa tu”. aku pon tanya ” anak bulan x sunyi ke sebab saya tak nampak bapa dan mak dia?”. Habis satu kelas ketawa aku sebab tanya solan tak cerdik. cikgu tanya “kenapa kamu kata macam tu?” Dengan yakin aku kata ” semua orang ada ayah dan mak, tapi bulan saja tiada mak dan ayah.. mereka da meninggal ka”.. Kali nie cikgu dan pelajar lain gelak-gelak kat aku ..hahaha.. itulah peristiwa lama, biasala masa tue kecik lagi..

P.S. Korang mesti bnyk citer masa korang posa kan...ce citer ce citer hehehe...

Selasa, 26 Julai 2011

Gambar Orang Tersenyum Yang Mati Syahid




Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat dia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…

Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga mengukir senyum di bibir sang syahid, seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza berikut ini:








Ahad, 24 Julai 2011

Fenomena Filem Yang Namanya Ala-ala Islamik

by :  myilham.com
Sumber : TemanHidup@yahoogroups.com
               TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
ke mana jiwa ummah hendak di bawa?
 
Antara tanggungjawab ibu bapa ke atas anak-anak adalah memberikan mereka nama yang baik. Antara nama yang baik dan elok adalah nama-nama yang disandarkan kepada Asmaul Husna, misalnya Abdur Rahman, Abdul Karim, Abdul Mujib dan sebagainya. Begitu juga nama para Anbiya’, Sahabat-sahabat Nabi dan orang-orang soleh.
Pentingnya kebaikan pada sebuah nama adalah kerana ia menggambarkan kemuliaan orang atau perkara yang dinamakan. Begitu juga, ia merupakan satu doa. Saya kerapkali berfikir untuk menamakan anak saya nanti dengan nama yang ringkas dan pendek, tetapi mempunyai maksud yang baik. Orang melayu biasalah, kadangkala namanya dah cukup baik, tetapi kerana disingkatkan, maksud pada nama tersebut hilang entah ke mana.
Khatijah dipanggil katty, Maryam dipanggil marry, Muhammad dipanggil mamat atau mat. Begitulah seterusnya.
 
KAEDAH
Namun begitu, isu nama sebenarnya tidaklah sebesar isu apa yang dinamakan. Bermakna, kebaikan itu secara dasarnya akan jatuh kepada orang atau perkara yang dinamakan. Muhammad kalaupun dipanggil mamat, tetapi merupakan seorang yang soleh, tetap tinggi darjatnya di sisi Allah. Begitu juga seorang muslim bernama Lim, Ravi atau Richard. Tidak ada masalah.
Hukum juga begitu. Kaedah Fiqh menyebut ; sesuatu hukum dikira pada benda yang dinamakan dan bukannya pada nama tersebut. Contohnya sebuah negara. Bagaimana sebenarnya sebuah negara yang dikehendaki oleh Islam? Adakah perlu negara tersebut dinamakan dengan Darul Islam, atau Daulah Islamiah , atau diisytihar sebagai Negara Islam bagi membolehkannya menepati kehendak Allah Baldatun Thoyyibah wa Rabbun Ghafur ?
Tidak. Jika sesebuah negara tidak dinamakan dengan nama-nama sedemikian sekalipun, tetapi di dalamnya terdapat pemerintahan yang benar-benar menjunjung Al-Quran dan Sunnah serta menepati ciri-ciri sebuah negara yang dituntut oleh Islam, maka sebenarnya adalah sebuah negara Islam.
Biarpun namanya Negara Berkebajikan. Ia tidak lari dari konsep Negara Islam yang sebenar, kerana negara Islam atau daulah Islamiah itu sendiri sebenarnya adalah sebuah negara yang mengutamakan konsep kebajikan. Jadi tidak ada masalah pada nama.
 
Tahajud Jiwa, Taubat Cinta, Sejadah Munajat, Istikharah Cinta Dan Pelbagai lagi.
Saya tidak pernah meminati sebarang filem atau cerita yang mempunyai mirip nama seperti di atas. Bukan saya tidak mahu menyokong filem Islamik, tetapi mungkin kerana saya jarang sekali dapat melihat konsep Islamik itu dijunjung dengan bersungguh-sungguh dalam filem sedemikian.
Banyaknya datang dari Indonesia. Sekali muncul, bagai tsunami yang sangat hebat. Menyentap hati dan jiwa anak-anak muda untuk mencari cinta Islamik. Cinta yang bersih, jauh dari dosa dan noda. Ada kebaikan yang besar di situ.
Malangnya, tidak banyak yang sampai ke tahap sebegitu.
Banyak dari filem sedemikian seolah menggunakan nama berbaur Islamik itu sebagai modal untuk menarik minat anak-anak muda yang berjiwa dakwah dan yang mempunyai minat yang tinggi kepada Islam. Sasaran ini seolah diletak dengan baik bagi meraih kejayaan filem mereka. Selepas satu filem, satu cerita, satu lagi filem dan cerita lain menyusul.
Dalam masa yang sama, konsep sebenar Islam itu tidak pula diperhalusi dengan baik.
Barisan pelakon yang dipilih untuk menggerakkan filem, kebanyakannya sekadar menjadi pelakon dan sememangnya, mereka ‘berjaya’ menjadi pelakon. Filem berjaya meraih kutipan yang tinggi, popular, pecah panggung dan sebagainya, tetapi kesedaran Islam kepada setiap pelakon pula bagaimana?
Adakah mereka yang dipilih untuk menggerakkan filem itu dianjurkan menyertai kursus agama terlebih dahulu? Setidak-tidaknya, sebelum mereka bergerak sebagai ‘kader dakwah’ menerusi filem Islamik, mereka telah terlebih dahulu mencuba sedaya upaya memperbaiki diri mereka, membersihkan hati, mengikhlaskan niat dan sebagainya.
Mungkin ini kedengaran agak lucu, tetapi hakikatnya, jika sesuatu filem itu meletakkan HIDAYAH kepada penonton sebagai matlamat, maka apa yang dinyatakan di atas merupakan antara perkara-perkara yang akan mereka laksanakan. Melainkan, sasarannya cuma untuk meraih perhatian , menarik penonton dan bersifat komersial semata-mata, maka apa yang dinyatakan di atas sudah tentu merupakan lawak jenaka sahaja bagi mereka.
Penonton pula jiwanya lembut dan lunak dengan Islam. Menonton filem dan cerita berbaur Islamik sedemikian, berjujuran air mata mereka, hingga terbawa-bawa dalam mimpi, terbawa-bawa dalam solat dan doa. Pelakon yang membintangi filem pula menjadi pujaan kerana kecantikan dan keelokan rupa paras mereka.
Fikirkan, bagaimana perasaan para penonton ini tatkala melihat ‘hero dan heroin dakwah’ mereka yang begitu sopan dan ayu bertudung itu sebenarnya tersangatlah seksi, pakaiannya cukup sendat dan bergambar lelaki perempuan rapat-rapat? Tidakkah mereka terasa diperbodohkan?
Justeru pada saya, diperbodohkan oleh filem yang namanya ala-ala Islamik merupakan satu perkara yang sangatlah malang. Kita bukan mahukan nama pada filem. Kita mahukan faedah, iktibar dan manfaat terutama sekali kepada jiwa dan hati kita. Kita berharap, agar sesuatu filem atau cerita yang kita tonton, mampu menyuntik hidayah dan menghidupkan hati-hati kita.
Maka perlulah kita tapis dengan lebih teliti. Nama yang Islamik sahaja, belum tentu ‘selamat’ untuk ditonton.
 
KOMEN
Mungkin ramai yang akan membantah. Mungkin ramai juga berpendapat, biarlah, sekurang-kurangnya ada juga filem Islamik di pasaran. Sekurang-kurangnya ada juga pilihan untuk kita daripada filem lain yang jelas tidak menutup aurat dan tidak ada konsep Islamik langsung.
Terpulanglah. Sama juga dengan Islamic Fashion Show. Boleh juga kita kata, lebih baik ada daripada hanya fesyen-fesyen barat yang menjadi sasaran. Namun pada saya, kedua-duanya sama sahaja. Islam itu perlu diambil semua dan secara menyeluruh. Ambil sedikit-sedikit seolah menunjukkan kita mahu bermain-main dengan agama.
Salah satu daripada ciri-ciri khusus Islam itu adalah Inqilabiyyah, bermaksud terbalik. Objek yang di atasnya hitam dan di bawahnya putih, harus diterbalikkan bagi membolehkah putih berada di atas dan hitam berada di bawah. Bermakna, mustahil hitam dan putih itu boleh berada di atas dalam satu masa yang sama.
Ini selaras dengan Firman Allah : ” Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh “
Contohnya mudah. Satu pertunjukan fesyen namanya Islamik Fashion Show, dan orang yang memperagakan fesyen itu memakai tudung dengan kebaya yang sendat, kainnya sedikit terbelah. Satu lagi pertunjukan fesyen namanya Global Fashion Show, dan orang yang memperagakan fesyen itu tidak memakai tudung, ‘berkemban’ dan kain separas peha.
Terpulanglah. Ada yang menganggap antara dua pertunjukan itu, ada beza. Tetapi pada saya, sama sahaja. Maka, kiaskanlah sendiri dengan fenomena filem yang saya tulis di atas.
 
ALTERNATIF
Benar, dalam mengkritik perlu disuakan alternatif. Mengkritik sahaja tanpa memberi cadangan samalah dengan penonton pasukan bola sepak. Sembang berdegar-degar, maki mencarut semua keluar, tetapi sedikit pun tidak ada manfaat pada pemain bola. Jadilah seperti pengurus pasukan bola. Geram, marah dan tidak puas hati tetap ada. Tetapi akalnya ligat memikirkan langkah dan strategi demi kemajuan dan kebaikan pemain bola.
Industri Filem hari ini sangat parah dalam menghasilkan filem bergenre dakwah yang benar-benar berupaya ‘merealitikan’ Islam dalam masyarakat. Mungkin juga, perkara ini berpunca dari asas kefahaman kepada Islam itu sendiri. Masyarakat kita masih ramai bermentaliti, hendak menjadi ‘baik’ dan ‘islamik’ , maka kena pakai kopiah atau tudung. Sebab itu, kalau hendak ke masjid kena pakai kopiah dan tudung, kalau ada majlis kematian, majlis tahlil dan doa selamat, waktu itu kena pakai kopiah, songkok atau tudung. Selain dari tempat-tempat tersebut, tidak boleh atau tidak perlu pakai.
Membuat filem juga begitu. Kalau nak jadikan filem itu Islamik, maka namanya kena ada unsur-unsur bahasa arab, tahajjud ke, istikharah ke, munajat ke, kemudian tambah dengan perkataan cinta. Jadi filem itu automatiknya bertukar menjadi Islamik.
Sedangkan Islam tidak begitu. Islam tidak hanya bercerita tentang nama semata-mata. Islam menekankan tentang benda yang dinamakan. Biarlah filem itu namanya tidak Islamik sekalipun, tetapi mesej dan pedoman dalam filem tersebut cukup besar memberi impak pada masyarakat.
Ternyata, dalam bab-bab ini Industri Filem kita masih lemah. Kita masih terperangkap dengan filem-filem aksi ala gangster, filem hantu, khurafat, tahyul dan filem cinta berbaur Islamik yang bersifat lakonan semata-mata.
Maka sebagai alternatif, golongan muda yang berjiwa dakwah khususnya yang berkecimpung dalam bidang berkaitan perfileman atau lakonan, ataupun produser filem sedia ada,  berusahalah menghasilkan filem yang konsisten membawa mesej Islam itu sendiri, dan bukannya berlumba-lumba menghasilkan filem berjudul Islamik semata-mata.
Contohnya, Islam menekankan tentang penjagaan maruah. Seorang suami bertanggungjawab menjaga maruah diri dan isterinya, begitu juga ayah bertanggungjawab menjaga maruah anak-anaknya. Kehebatan Islam terserlah apabila meletakkan syarat bermusafir bagi wanita tanpa mahram, mengangkat martabat wanita dengan kemuliaan, dan meletakkan tanggungjawab sebagai ketua ( sifat qawwamah ) ke atas lelaki.
Sebuah filem yang berjaya menghuraikan konsep di atas dan dikaitkan dengan kebaikan ajaran Islam itu sendiri, sebenarnya telah berjaya membawa mesej dakwah kepada masyarakat. Mesej itu jauh lebih penting berbanding namanya.
impak sesebuah filem dinilai pada mesej yang dibawa
 
Supaya lebih jelas, saya menyarankan anda khususnya lelaki menonton filem berjudul ‘ Taken ‘ yang sebenarnya bukanlah satu filem yang baru. Saya sendiri telah menonton filem ini berpuluh-puluh kali. Setiap kali menonton filem ini, saya memperoleh ibrah dan mesejnya dengan jelas. Kisah seorang anak yang bermusafir tanpa mahram, akhirnya terjebak dengan sindiket perdagangan manusia dan kesungguhan seorang bapa menyelamatkan anaknya benar-benar menyuntik motivasi dan merangsang kesedaran.
Pada saya, filem sebegini seribu kali lebih baik untuk ditonton dari filem bernama Islamik, tetapi langsung tidak ‘selamat’ untuk ditontoni.
 
Sekian.

BERSIHkan Lidah, PATRIOTkanlah Hati

sini.. sini.....


9 Julai, tarikh telah ditetapkan, satu perhimpunan besar menggemparkan negara. Impaknya benar terasa, dari realiti, hingga menjengah ke alam maya. Tidak kisah siapa yang menyokong atau tidak, bicara bibir, taipan jari-jemari telah menjelaskan segalanya. Itulah, demonstrasi BERSIH.

Aku tidak kisah, kamu mahu sokong siapa sekalipun, yang BERSIH, yang anti-BERSIH, masing-masing ada pendapat sendiri. Malah sudah keluar pelbagai dalil untuk menguatkan hujah, tapi, lidah yang mengucapkan ayat al-quran, menuturkan sabda nabi, tapi langsung berkata-kata buruk.

Yang bodoh, yang bangang, pencacai, anjing, segala macam gelaran keluar. Belum lagi keji caci maki, apatah lagi sikap mengapi-api. Banyak mendambakan kebenaran hujah mereka, tetapi kebenaran itu diselangi keburukan berbicara.

Kenapa langsung tidak boleh berkata-kata baik? Kenapa tidak memBERSIHkan lidah anda? Kenapa tidak PATRIOTkan hati dengan Islam dan iman?

Kamu tahu Islam menganjurkan kata-kata yang baik, kamu tahu Islam tidak menyuruh kamu memburuk-burukkan orang.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat : 11)

Itu baru sebahagian dari terjemahan surah Al-Hujurat. Tapi, bila dibaca dari ayat pertama surah ini, hingga akhir, maka kamu ketahui bahawa surah ini menganjurkan perpaduan selain berbicara tentang iman, demikian antara hikmah yang terkandung dalam surah Hujurat.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Lihatlah kata-kata kamu sebelum menuturkannya, apa yang aku lihat, kebanyakkan lebih suka berbicara mengenai kejadian, kenapa tiada berbicara mengenai hikmah kejadian?


Aku lebih suka mengambil sikap 4 Imam Mazhab apabila berhadapan dengan pemimpin zalim. Pemimpin yang mereka hadapi bukan sembarangan, malah bersikap kejam terhadap ulama. Sehingga membunuh! Apa mereka buat?



Samada mereka menasihati pemimpin tersebut secara personal, ataupun lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Paling kurang, mereka apabila diajukan pertanyaan tentang keburukan pemimpin tersebut, mereka berdiam diri. Sebab mereka tahu, pengaruh mereka besar, pasti boleh menimbulkan perpecahan besar dikalangan umat Islam.

Biarpun mereka tidak suka dengan pemimpin tersebut, tapi mereka tidak memburukkannya. Malah jika ada kebaikan, dikatakan kebaikan tersebut. Namun, apabila diperintahkan melakukan sesuatu yang mungkar, mereka sanggup mati dari melakukannya!

Aku tahu, bila berkata tentang politik, maka tidak akan lepas dari memburuk-burukkan, memberi gelaran tidak elok, dan kemudian yang memberi pendapat, pasti akan terikut juga gaya si penulis, belum lagi yang menentang.

Terpulang pada kita, untuk jadi batu api, atau berkata buruk, tapi, ingatlah, Islam sesuatu yang baik, maka carilah hikmah dalam Islam.

Dan ingat juga, ideologi politik memang berbeza, tapi akidah kita tetap sama, Islam. Sedangkan 4 mazhab itu berbeza, namun yang bezanya ideologi fiqh, namun tetap berlandaskan al-Quran dan sunnah. Yang pasti, akidah mereka Islam, dan sunnah wal jamaah.

Ingatlah, dengan berkata-kata baik, dapat menyelamatkan diri dari terjerumus dalam lembah syaitan. Sedangkan berkata-kata buruk, tanda api syaitan menyala untuk disimbah ke muka kita. Renung-renungkan, dan selamat beramal. 8)



Ini cuma gambar hiasan. Korang jgn buat tau. Berdosa menukar anugerah Allah tau.


“Sombong yaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim)


Sesungguhnya Iblis dikutuk karena kesombongannya. Dia dikeluarkan dari surga dan menjadi musuh bagi manusia. Al Qur’an menceritakan kisah ini dengan sangat baik dalam Surat Shaad ayat 75 – 78;

Allah berfirman: “Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?”.

Iblis berkata: “Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah”.

Allah berfirman: “Maka keluarlah kamu dari surga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk,

Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan”.

Itulah kisah Iblis yang sombong. Berhati-hatilah karena kita bisa disesatkannya dan mengikutinya. Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda,

“Tidak masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat atom rasa sombong.”

Kemudian beliau bersabda,

“Sombong yaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim)

Sesungguhnya orang yang sombong adalah ahli neraka

Penghuni neraka ialah orang yang buruk perilaku dan akhlaknya dan orang yang berjalan dengan sombong, sombong terhadap orang lain, menumpuk harta kekayaan dan bersifat kikir. Adapun penghuni surga ialah rakyat yang lemah, yang selalu dikalahkan. (HR. Al Hakim dan Ahmad)

Nabi saw. bersabda: Maukah kalian aku beritahu tentang ahli surga? Para sahabat berkata: Mau. Rasulullah saw. bersabda: Yaitu setiap orang yang lemah dan melemahkan diri, seandainya ia bersumpah demi Allah, pasti akan dilaksanakan. Kemudian beliau bertanya lagi: Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang ahli neraka? Mereka menjawab: Mau. Beliau bersabda: Yaitu setiap orang yang kejam, bengis dan sombong. (Shahih Muslim No.5092)

Rasulullah saw. bersabda: Neraka dan surga saling berdebat, lalu neraka berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong. Surga berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin. Lalu Allah berfirman kepada neraka: Kamu adalah siksa-Ku, Aku menyiksa denganmu siapa yang Aku kehendaki. (Atau Allah berfirman: Aku menimpakan bencana denganmu kepada orang yang Aku kehendaki). Dan Allah berfirman kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku, Aku limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang Aku kehendaki. Dan masing-masing kamu memiliki penghuninya sampai penuh. (Shahih Muslim No.5081)

Sepertinya sederhana, namun rasa sombong bisa menghalangi seseorang dari jalan kebenaran. Itulah yang membuat perkara ini menjadi sangat penting. Karenanya, setiap muslim tidak boleh menolak kebenaran dan nasehat, sehingga menyerupai Iblis dan orang-orang kafir. Orang yang menolak kebenaran akan terjerumus ke dalam sifat sombong yang menghalanginya masuk surga. Orang yang menolak kebenaran juga tidak akan pernah maju dalam kehidupannya. Sebab, ia akan mengabaikan kebenaran dari Allah yang sejatinya untuk kebaikan dirinya sendiri.

Sebaliknya, salah satu perkara yang membuat kaum muslimin maju adalah meninggalkan mahkota kesombongan dan mau mengambil hikmah dan menerima kebenaran dari siapapun datangnya. Maka hikmah (kebijaksanaan) adalah harta orang mukmin yang hilang. Dari mana saja ditemukan, maka ia akan mengambil dan memungutnya.

Rasulullah bersabda,

“Kebijaksanaan adalah tongkat yang hilang bagi seorang mukmin. Dia harus mengambilnya dari siapa saja yang didengarnya, tidak peduli dari sumber mana datangnya.” (HR. Ibnu Hibban)

“Hikmah itu merupakan buruan umat mukmin. Di mana saja ia menemukannya, maka dia lebih berhak untuk mendapatkannya.” (HR Turmuzi dan Ibnu Majah)

Maka dari itu, kita wajib menerima kebenaran dari siapa saja, bahkan sampai-sampai dari setan sekalipun.

Disebutkan dalam sebuah riwayat, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menjadikan Abu Hurairah sebagai penjaga Baitul Maal.

Suatu hari, datang seseorang untuk mencuri, tetapi Abu Hurairah segera mengetahui, sehingga menangkap basah pencuri tersebut. Pencuri itu lalu mengharap, menghiba dan mengadu kepada Abu Hurairah, bahwa ia orang yang amat lemah dan miskin. Abu Hurairah tak tega, sehingga melepas pencuri tersebut.

Tetapi pencuri itu kembali lagi melakukan aksinya pada kali kedua dan ketiga. Abu Hurairah kemudian menangkapnya, seraya mengancam, “Sungguh, aku akan mengadukan halmu kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam .”

Orang itu ketakutan dan berkata menghiba, “Biarkanlah aku, jangan adukan perkara ini kepada Rasulullah! Jika kau penuhi, sungguh aku akan mengajarimu suatu ayat dari Al-Qur’an, yang jika engkau membacanya, niscaya setan tak akan mendekatimu.” Abu Hurairah bertanya, “Ayat apakah itu?”

Ia menjawab, “Ia adalah ayat Kursi.” Lalu Abu Hurairah melepas kembali pencuri tersebut. Selanjutnya Abu Hurairah menceritakan kepada Rasulullah apa yang ia saksikan. Lalu Rasulullah bertanya padanya, “Tahukah kamu, siapakah orang yang berbicara tersebut? Sesungguhnya ia adalah setan. Ia berkata benar padahal dia adalah pendusta.” (HR. Al-Bukhari).

Jadi, mari kita tinggalkan kesombongan, jangan meremehkan manusia dan jangan menolak kebenaran! Senantiasalah menuntut ilmu dan mencari hikmah, baik belajar dari ahlinya, dari orang awam, dengan cara belajar sendiri (otodidak) maupun mengambil hikmah dari orang-orang kafir! Dan sebaik-baik menimba ilmu adalah dari ahlinya (ulama’).

Janganlah menjadi orang berilmu tapi sombong, yakni orang yang mempunyai ilmu tinggi, lalu menganggap orang lain bodoh, menghakimi mereka tidak diberi hikmah, lalu dia menolak kebenaran dan meremehkan manusia. Dia menjadi bodoh karena tanpa dasar menyerukan bahwa ilmu, hikmah, petunjuk, dan keselamatan hanya ada pada kalangannya sendiri. Pernyataan itu tidak benar dan tidak adil. Manusia tidak berhak menentukan yang demikian sekalipun ilmunya tinggi. Sebab, dengan semakin mendalam ilmunya, manusia seharusnya semakin rendah hati. Sungguh, manusia tidak patut menentukan yang demikian, karena hal tersebut adalah kehendak (hak) Allah.

Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). (Al Baqarah 269)

Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. (Al Mudatsir 31)