Pengikut

atas

Selasa, 31 Mei 2011

Setan Merah Tumbang di Wembley



United tewas lagi di tangan Barcelona. jika di Rome mereka tewas 2-0, musim 2010-11 ni mereka tewas pula 3-1. dan yang menariknya Lionel Messi score di kedua-dua final. dan untuk match kali ini, Messi di nobatkan Man of The Match oleh UEFA.



United bermula garang dengan serangan bertali arus. nampak seperti akan menguasai permainan. tapi lama kelamaan makin longlai dan Barcelona mula menguasai bola dan United hanya mampu bertahan dan sesekali menyerang balas. akhirnya pada minit ke 27 Pedro memecah kebuntuan dengan gol pertama hasil lorongan daripada Xavi. tapi United tidak menunggu lama, minit ke 34 Wayne Rooney melakukan sepakan cantik menewaskan Victor Valdes untuk gol penyamaan.
separuh masa kedua bermula dan minit ke 54 akhirnya Messi membuktikan bahawa beliau memang tunggu masa jer nak score ni. dah 2-1 United cuba mengejar tapi gol dari David Villa pada minit ke 69 memang melemahkan semangat juang pemain-pemain United. percaturan Ferguson dengan membawa masuk Nani dan Paul Scholes juga nampaknya tidak menjadi. akhirnya wisel penamat dibunyikan dan Barcelona disahkan sebagai juara UEFA Champions League 2010-11.

Foto Penyokong United








Highlight




Tiada ulasan:

Catat Ulasan