Pengikut

atas

Isnin, 19 September 2011

Ustaz Beri Pandangan Isu Musibah Besar Melanda Dunia Tahun 2012


Salam kepada semua muslimin dan muslimat semoga anda berada dibawah naungan iman, saya sentiasa berdoa semoga anda berada dalam keadaan sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Saya menerima email dari kawan dan meminta saya kaji dan memberikan pandangan perkara ini di dalam blog saya. Dengan rasa tanggungjawab dan berbekalkan sedikit ilmu, saya cuba memberikan pandangan sekadar mampu saya. Kalau kawan-kawan semua ada pandangan boleh berikan komen di bawah artikel ini. Saya mengharapkan komen anda semua untuk kebaikan umat.

Ini isi email kawan saya :

"Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj .(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas dekat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu........ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut..."

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa.. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Komen saya :

Hasil pertanyaan saya kepada sahabat saya Musa Muhammad, beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah palsu. Tetapi di sini saya hanya nak menyentuh secara umum sahaja kerana saya takut pandangan yang akan diberikan ini silap. Berdasarkan isu yang menjadi hangat di seluruh dunia, iaitu akan berlaku musibah yang sangat dahsyat pada tahun 2012 nanti. Di sini saya ingin mengatakan bahawa setiap perkara yang telah berlaku dan akan berlaku adalah dari kehendak Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud : "Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka jadilah ia" (Surah Yassin : 72).

Jika dilihat dalam ilmu tauhid, sifat harus bagi Allah ialah "kunfayakun" yang bermaksud jika Allah berkehendak maka jadilah perkara itu tanpa ada sekatan dan halangan. Pesanan saya, kita dijadikan di dunia ini adalah hanya semata-mata menghambakan diri kepada Allah. Marilah kita mencari bekalan akhirat dengan sebanyak yang mungkin untuk melayakkan kita masuk ke syurga Allah dan terlepas dari siksaan api neraka Allah. Banyakkan memohon ampun kepada Allah akan segala dosa yang telah dilakukan. Sesiapa yang solat lewat pada waktunya, segeralah mengerjakan solat tepat pada waktunya, sesiapa yang tidak bertudung kembalilah bertudung sepertimana yang telah disyariatkan Allah, Sesiapa yang bertudung pendek dan menampakkan dadanya maka labuhkanlah tudungnya, sesiapa yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapanya, Sesiapa yang banyak melakukan dosa, segeralah ia memohon ampun kepada Allah dengan sebenar taubat. Bersedialah sebagai hamba Allah yang sentiasa menanti waktu untuk bertemu Allah dengan keadaan yang bersih sepertimana kain putih yang bersih.

Awas !!! jangan sesekali melaksanakan amalan kepada Allah berdasarkan takut akan berlakunya musibah yang besar pada tahun 2012. Saya takut hal ini menjadi permainan pihak musuh Islam untuk memusnahkan umat Islam dengan cara menggunakan Islam, sepertimana berlaku di Aceh dan negara-negara Islam sebelum ini. Jangan sesekali kita abaikan pekerjaan kita semata-mata beribadah sehingga abaikan tanggungjawab kita membangunkan negara. Ingatlah kerja juga merupakan ibadah jika pekerjaan yang dilakukan kerana Allah.

Sebagai umat Islam, selagimana para ulamak tidak mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini atau perkara-perkara lain, janganlah takut dan gentar, takutlah kepada Allah sahaja sesungguhnya siksaan Allah amat dahsyat dari itu. Bersedialah mencari sebanyak yang mungkin pahala dan amalan kebaikan untuk bekalan dihari kelak nanti.
POSTED BY USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan