Pengikut

atas

Isnin, 19 Disember 2011

Bergurau

Semua orang suka bergurau kan. Selepas seharian penat bekerja atau belajar, gelak ketawa, bergurau bersama-sama kawan memang sesuatu yang menjadikan kita lebih ceria dan gembira. Bercakap pasal bergurau ni, ada satu istilah yang berbunyi, bergurau tu biarlah bertempat. Orang yang kematian keluarga contohnya, tiba-tiba sahaja kita bergurau sesuatu yang tidak patut. Lagi, kita bergurau dengan seseorang tetapi tiba-tiba sahaja kena marah kan.Itu maknanya, kita kenalah pandai bergurau mengikut situasi kan.

Aku ikut juga la raja lawak kat tv ni. Aku tengok ade beberapa kumpulan yang suka membuat lawak berbaur lucah dan mengutuk orang lain. Memang la lawak yang dibuat tu kelakar tapi aku memang tak suka apabila unsur sebegitu diselitkan, tak elok rasanya. Mereka menghiburkan orang ramai dengan benda yang tak sepatutnya kan. Benda seperti ni sepatutnya tidak boleh dipermain-mainkan sebab ia boleh menimbulkan sesuatu yang tak baik.

Dalam Islam, bergurau ini boleh dilakukan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda sering mengajak isteri dan para sahabatnya bercanda dan bersenda gurau untuk mengambil hati serta membuatkan mereka gembira.Namun, canda baginda tidak berlebihan dan masih ada batasnya.

Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika bergurau senda. Contohulah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya. Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan syariat yang diberikan. Usahlahh berlebihan ketika bergurau kerana ia akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan orang lain.

Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu mendatangkan masalah pada perhubungan.

Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.

1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.

Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.

2.Berdusta ketika bergurau

Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.

“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat At-Thabrani)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat Ahmad)

3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.

Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan