Pengikut

atas

Ahad, 5 Jun 2011

Kroni Rothschild Hadiah Radioaktif Untuk Rakyat Malaysia




Dengan terbinanya satu kilang memproses ‘rare earth’ di Kuantan, Pahang hujung tahun ini, maka rakyat Malaysia akan terdedah sepenuhnya dengan 20,000 tan metrik radioaktif setahun.

Syarikat proksi Rothschild iaitu Lynas Corporation dari Australia telah diberi kebenaran oleh kerajaan negeri Pahang untuk membina kilang memproses ‘rare earth’ di kawasan Gebeng, Kuantan sejak lebih setahun lalu.

Pembinaan kilang perlombongan oleh proksi Yahudi elit itu menerima tentangan hebat dari parti pembangkan g dan juga NGO-NGO kerana operasinya akan menyebabkan rakyat Malaysia terdedah dengan radio aktif berkapasiti 20,000 tan metrik.

Menurut laporan media Bernama, Malaysia merupakan kawasan yang selamat daripada kilang-kilang penghasil radio aktif sejak sebuah kilang radio aktif di Bukit Merah, Perak diarahkan tutup 20 tahun dahulu.

(Bagaimana Lynas Corporation dikatakan proksi Rothschild? Pelabur terbesar di dalam Lynas ialah JP Morgan dan JP Morgan sendiri adalah bank pelaburan terbesar milik Rothschild. Perlu diingat Rothschild dan JP Morgan telah pun bertapak di Malaysia sejak 2009 dahulu dalam kategori ‘Investment Bank’)
Menteri Besar Pahang Pertahan Proksi Yahudi

Menurut Syed Ali Badaruddin dari Majlis Badan Bertindak Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mendukacitakan. Datuk Seri Adnan Yaakob mengatakan beliau akan menutup semua kilang di kawasan Gebeng jika syarikat Lynas tidak dibenarkan beroperasi.

Menurut Syed Ali lagi, kenyataan ini berunsur ugutan dan walaupun kilang Lynas merupakan pelaburan kepada negeri ini tetapi sangat berisiko yang akan ditanggung rakyat dan mempunyai kesan dalam jangka panjang yang tidak terfikir pada masa akan datang.

Pencemaran teruk radio aktif boleh berlaku sekiranya kawasan tersebut (Gebeng, Kuantan) dilanda bencana alam yang tidak diduga. Sekiranya tercemar, bukan sahaja rakyat Pahang yang menerima padah tetapi One Malaysia juga akan kritikal.
(Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob)
Apakah Adnan tidak melihat berita bagaimana stesen Nuklear di Jepun yang begitu canggih boleh musnah disebabkan bencana alam. Ya, mungkin tsunami seperti di Jepun tidak akan berlaku di Malaysia, tetapi harus kita ingat ia Tsunami palsu janaan dari projek HAARP di Alaska.

Mampukah Perdana Menteri Menghalang Rothshcild?
Hari ini melalui siaran berita televisyen PM memberi jaminan bahawa pasukan siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat perkembangan pembinaan kilang tersebut.

Persoalannya mampukah kerajaan Malaysia menghalang proksi Rothschild dari meneruskan operasi di Gebeng, Kuantan? Blog konspirasi menyatakan YA! Kerana? Kita perlu ingat penasihat komunikasi kerajaan Malaysia ialah APCO Worldwide.

Di sini, APCO boleh berperanan sebagai orang tengah bagi mengurus kredibiliti kerajaan Malaysia dalam dua perkara iaitu mengembalikan keyakinan orang ramai kepada kerajaan persekutuan tetapi dalam masa yang sama meneruskan operasi Lynas Corporation tanpa mendapat bantahan rakyat Malaysia.

Lynas Corporation Tidak Akan Hilang Dari Malaysia
Syarikat sekutu Yahudi JP Morgan ini tidak akan berhenti begitu sahaja kerana ramai penganalisis-penganalisis ekonomi memerhatikan bahawa Lynas adalah syarikat yang bakal bergelar MEGA MULTI BILLION dalam senarai top ten pengeluar ‘rare earth’. Ia juga dikatakan bakal mengatasi pencabar utamanya dalam bidang galian ini iaitu Molycorp.

Pelanggan-pelanggan utama Lynas yang sedang menunggu ialah syarikat-syarikat terkukuh di dunia seperti Toyota, Apple dan Raytheon Corporation.

Menurut juru cakap JP Morgan, pasaran bahan ‘rare earth’ dijangka meningkat mendadak kerana permintaan dunia terhadap teknologi ‘mesra alam’ seperti hybrid sangat tinggi. Rare earth satu-satunya unsur yang paling sesuai untuk pembinaan bateri hybrid, laser missles, panel solar dan lain-lain teknologi mesra alam maka pelaburan JP Morgan ke atas Lynas Corporation adalah tepat.

Kilang ‘Rare Earth’ Menjana Radioaktif
Berita Bernama mempersoalkan Lynas Corporation, jika kilang itu selamat mengapa kerajaan Australia melarang pembinaannya di sana?

Peliknya, Menteri Besar Pahang berkali-kali mempertahankan kenyataan bahawa projek ini selamat seolah-olah dia (Adnan Yaakob) pakar dalam kajian radioaktif. Malah Adnan juga menuduh parti pembangkang sengaja mencari kesalahan kerajaan negeri. Hakikat sebenar radio aktif memang sangat berbahaya.

Sepatutnya Adnan (jika beliau bijak) merujuk dahulu laporan Kertas Penyelidikan Parlimen Australia yang diterbitkan pada 2007 berkaitan bahaya penggalian ‘rare earth’. Bukan sahaja Australian ,kerajaan China juga mengambil keputusan menghalang sebarang pembinaan kilang ‘rare earth’ di negara mereka.

Kesimpulan
Termasuk dengan projek Lynas ini, kerajaan Pahang telah 2 kali menjadikan rakyat Pahang sebagai bahan ujikaji kompeni Yahudi elit. Yang pertama ialah pelepasan Nyamuk GM di Bentong dan yang kedua projek ini di Gebeng, Kuantan.

Bagi menyedarkan masyarakat setempat, masyarakat  haruslah mengambil peranan dengan menyebarkan maklumat tentang kesan negatif kewujudan Lynas Corporation di Kuantan. Masalah ini bukan lagi persoalan isu politik tetapi semua rakyat akan terkena impaknya tanpa mengira latar belakang parti.
Alamat Lynas Corporation
Lot 72, Jalan Gebeng 1/6, Kawasan Perindustrian Gebeng, 26080 Kuantan, Pahang. Tel: 09-5834445

Tiada ulasan:

Catat Ulasan