Rasulullah S.A.W telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abu Talib r.a di mana baginda telah bersabda:
1. "Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruhlah dia menanggalkan kasutnya ketika dia duduk dan suruhlah dia membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian, Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefakiran dari rumah kamu dan Allah menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera selama dia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu susu, cuka, ketumbar dan buah yang masam.
Saidina Ali r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini dilarang?"
Baginda S.A.W menjawab, "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
Saidina Ali r.a bertanya, " Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang?"
Baginda S.A.W menjawab, "Apabila dia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna."
Seterusnya baginda S.A.W menerangkan bahawa ketumbar boleh mengganggu haid di dalam perut dan menyukarkan kelahiran. Manakala buah yang masam pula akan menjadikan haid itu berlalu begitu sahaja.
2. "Wahai Ali, janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) pada hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."
3. "Wahai Ali, janganlah berjima' dengan isterimu selepas Zohor. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka anak itu akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."
4. "Wahai Ali, janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhhnya jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
5. "Wahai Ali, janganlah lihat faraj isterimu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', jika tidak sesungguhnya anak itu akan mewarisi buta."
6. "Wahai Ali. janganlah berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap perempuan lain. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, sifat anak itu akan berlawanan dengan jantinanya (misalnya, pondan).
7. "Wahai Ali, jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
8. "Wahai Ali, janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada pada kamu sehelai kain dan pada isterimu sehelai kain."
9. "Wahai Ali, janganlah kamu mengelap dengan menggunakan sehelai kain, nanti akan jatuh syahwat ke atas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi seorang). Maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."
10. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan keldai. Jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur."
11. "Wahai Ali, janganlah berjima' dengan isterimu pada malam Aidil Fitri. Maka sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."
12. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Aidil Adha. Sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, aku bimbang dia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.
13. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari dan terkena cahayanya kecuali kamu mengenakan bumbung. Sesungguhnya kalau Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang yang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan fakir sehingga mati."
14. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan anak kepada kamu berdua, anak itu akan menjadi seorang tukang sebat atau seorang ketua yang bengis."
15. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kamu berdua anak, anak itu menjadi seorang yang suka menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil lecuali kamu berdua berwudhu. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan anak kepada kamu, anak itu akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."
17. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, anak itu nanti mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."
18. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari). Sesungguhnya yang demikian itu jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa meminta-minta."
19. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu). Sesungguh jika Allah SWT mengurniakan anak, anak itu nanti menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."
20. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima dengan isterimu di atas loteng. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
21. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan anak kepada kamu berdua, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq."
22. "Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu apabila lamu hendak keluar musafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak kepada kamu berdua, anak itu akan menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.
23. Wahai Ali, janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam. Sesungguhnya jika dikurniakan anak, anak itu akan menjadi tukang sihir, dan mengkehendaki dunia lebih daripada akhirat.
24. Wahai Ali, hendaklah kamu berjima dengan isterimu pada malam Isnin. Sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan anak, anak itu akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Al-Quran dan redha terhadap segala pemberian Allah SWT."
25. "Wahai Ali, Jika kamu berjima dengan isterimu pada malam Selasa, Allah akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah dan Allah SWT tidak azabkannya bersama-sama orang-orang musyrikin , mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.
26. "Wahai Ali, jika kamu berjima dengan isterimu malam Khamis, maka Allah SWT akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang alim, di kalangan orang-orang yang alim."
27. "Wahai Ali, jangan kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahri di tengah langit, Allah SWT akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang tidak dihampiri syaitan sehinggaia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah SWT rezekikan kepada keelamatan agama dan dunia."
28. "Wahai Ali, jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Asar, Allah SWT akan mengurniakan seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.
29. Wahai Ali, jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya InsyaAllah anakmu nanti menjadi seorang yang terkenal.
"Wahai Ali, peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya daripada Jibril A.S."
Ajaran Syiah...
BalasPadamSila rujuk kitab karangan syiah من لا يحضره الفقيه
oleh الصدوق أبي جعفر محمد بن على بن الحسين بن بابويه القمي
Para ulamak hadis yang mengumpulkan hadis-hadis palsu sebenarnya sudah membincangkan hadis-hadis berkenaan wasiat Nabi kepada Saidina Ali. Mereka telah menyatakan bahawa kebanyakan wasiat tersebut adalah palsu. Al-Ajluni dalam kitabnya Kasyful Khafa’ telah menyatakan:
BalasPadamوقال بعض المحققين إن وصايا علي المصدرة بيا كلها موضوعة إلا قوله عليه الصلاة والسلام يا علي أنت مني بمنـزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي.
Ertinya: Berkata para ulamak yang telah membuat kajian: “Sesungguhnya wasiat Saidina Ali (ringkasan nama hadis wasiat Nabi kepada Saidina Ali) yang dimulakan dengan “Ya” ( “Ya Ali”: yang bererti “wahai Ali”) semuanya adalah palsu kecuali sabdaan baginda: “Wahai Ali, perumpamaan aku denganmu samalah seperti Nabi Musa dan Nabi Harun, namun tiada lagi Nabi selepasku”.
http://tasekpauh.blogspot.com/2009/12/komentar-ringkas-buku-wasiat-nabi.html