Pengikut

atas

Isnin, 27 Jun 2011

20 perkara yang pelik, aneh dan misteri 2012

Ada 20 perkara aneh yang saya temui ketika melakukan pencarian fakta bagi penyediaan karya 2012 : Di Ambang Amargeddon. Boleh jadi ada di antara fakta ini hanya gimik para bloggers atau mereka yang obsess dengan 2012. Namun perhatikan juga di balik fakta-fakta aneh ini terkandung fitnah akhir zaman.
Amaran penulis; Kita sekadar perlu mengetahui tetapi tidak seharusnya mempercayai segala-segalanya..
  1. 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For  Souls arahan Micheal Bay  (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya; lihat trailer-nya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini? (lihat trailer-nya di sini).
  2. Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut, lihat pautannya di sini.
  3. Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
  4. Kaum Maya telah  mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
  5. Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur, lihat pautan ini.
  6. Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
  7. Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
  8. Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika)  dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
  9. 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
  10. Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
  11. Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012?  Lihat pautan ini.
  12. Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual. Lihat pautan ini.
  13. Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi. Lihat pautan ini.
  14. Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir.
  15. 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah  Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
  16. Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles. Lihat pautan ini.
  17. Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
  18. Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III. Lihat pautan ini.
  19. Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh  Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi. Lihat pautan ini.
  20. Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemusnahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.
Sumber: Kalam Nurani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan