Pengikut

atas

Khamis, 16 Jun 2011

Iblis dan Alamnya


Bersyukur kita kehadrat Allah swt , selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarganya dan seluruh sahabat-sahabatnya. Selawat serta salam juga kepada Sultan Wali Syaidi Syeikh Abdul Khadir Jailani keluarganya serta semua kerabatnya, kepada kesemua Kanjeng Sunan Wali Songo dan keluarganya. Juga terima kaseh tak terhingga kepada seluruh Guru-guru ku terutama Syeikh Ahmad Junaiddy Al Arifbillah yang telah membuka jalan penulisan rencana ini serta semua guru-guru yang berwasilah serta berabitah sehingga ketangan Rasullah saw... Al Fatihah.

Didalam kita membincangkan keruntuhan akidah dan akhlak masyarakat Islam dinegera kita dewasa ini, sebenarnya kita tidak akan dapat lari memikirkan sebab sebenarnya mengapa pekara sebegini boleh berlaku. Apa yang mendorong mereka sampai sanggup melakukan semua kerja-kerja maksiat, sesat, kurafat, kufur dan zalim kepada Allah swt seterusnya pada diri mereka sendiri. Jawapan nya tak lain dan tak bukan ialah kerana ganguan daripada "musuh kamu yang paling nyata" iaitu Syaitan dan Iblis.

Tampa ganguan mereka ini, semua pekara kejahatan serta keji pada pandangan Islam ini tidak akan berlaku. Mereka inilah punca segala perbuatan jahat manusia. Mereka menjadi dalang supaya manusia menjadi kufur pada Allah swt dan kemudiannya nanti berlepas diri dari semua kejahatan tersebut. Kebanyakan orang Islam sedar dan tahu akan pekara ini, tetapi mereka buat juga pekara-pekara maksiat itu serta merasa 'BANGA' berbuat dosa. Kononnya berjaya keluar dari cengkaman Hukum Syarak dan berani melangar undang-undang yang telah digariskan oleh Islam dianggap satu kejayaan yang bukan semua orang Islam berani buat.

Kemudian menjadikannya modal perbualan setiap hari diwarong-warong kopi, dikopitiam, dikenduri kendara, ditempat-tempat perjumpaan mereka seperti kelab-kelab, dipejabat-pejabat, malahan dikerja gotong royong disurau atau mesjid pun mereka sanggup membawa cerita-cerita sebegini untuk tatapan kawan-kawan nya. Ini belum lagi masuk bab-bab mengumpat, menghina, mengadu domba dll. Maka tak terkira kejahatan dan dosa umat Islam pada hari ini dimerata tempat dan masa yang tak tahu bila kesudahan nya. Adakah bila maut sampai baru anda mahu berubah ? atau mungkin kah anda menunggu hari kiamat saja kesudahan kepada segala cerita ini ?

Persoalan nya... kita sendiri harus menjaga diri kita dan keluar daripada masaalah seumpama ini supaya tidak menjadi seperti mereka-mereka yang telah sayasebutkan diatas. Sebenarnya jika anda benar-benar berani dan berjaya keluar dari semua jenis maksiat serta dosa-dosa besar dan kecil, dikala itulah baru anda di 'iktiraf' sebagai pemanang dan benar-benar hebat, bukan sahaja dihormati oleh kawan-kawan malahan seluruh masyarakat dan makhluk Allah swt dibumi dan dilangit serta mendapat darjat disisi Allah swt. Untuk kita menjaga diri kita serta keluar dari masaalah maksiat dan dosa ini seteruanya supaya tidak terjurumus didalam lembah kehinaan itu, maka kita disarankan untuk mengenal akan 'musuh kamu yang paling nyata' yang banyak disebut didalam Al Quran Ulkarim.

Sedangkan golongan Jin, Syaitan, Iblis ini lebih mengenal diri kamu dan semua kelemahan kamu dari semenjak kamu di "buat" lagi, di Alam Rahim Ibu dan Semasa lahir hinggalah sekarang. Bagai manakah kamu hendak melawan golongan ini sedangkan kamu sendiri tidak mempunyai pengatahuan tentang mereka ?

Sudahlah kamu tidak boleh melihat mereka ditambah pula tiada ilmu berkenaan mereka, tidak tahu kelemahan mereka malahan kamu tidak mengerti tipu helah mereka untuk menyesatkan kamu. Jadi usaha pertama ialah mengenal dahulu siapa sebenarnya yang dikatakan "musuh kamu yang paling nyata" ini. Dalil berkenaan dengan pekara ini adalah seperti berikut:

Allah swt berfirman didalam surah Al A'araf ayat 22 yang mafhumnya ;" Lalu ia (syaitan) menjatuhkan keduanya ( Adam as dan Hawa ) dengan segala tipu daya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu, terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya menutupnya dengan daun pohon syurga. Kemudian Tuhan menyeru keduanya, Apa tidakkah Ku larang kamu menghampari pohon itu dan Ku katakan kepada mu bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagi mu "

 Dan firman Allah Lagi didalam surah Al An'am ayat 142 yang mafhumnya ; " Diantara haiwan-haiwan ternak (yang dijadikanNya) pemikul beban dan untuk disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang dianugrahkan Allah kepada mu dan janganlah kamu turut langkah-langkan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh mu yang nyata"

Sebenarnya banyak lagi dalil yang menyeru dan pemberi amaran agar kita sentiasa berwaspasa dengan golongan Jin, syaitan dan Iblis laknatuallah ini supaya tidak terjurumus kelembah kehinaan dan mengikuti mereka dicampak kedalam Neraka Jahanam. Maka kita mestilah mengenal betul-betul akan makhluk musuh kita ini dan seterusnya dapat melihat kerosakan dan kesesatan yang mereka hasutkan. Kita juga akan dapat mengatahui bentuk-bentuk tipu helah akan makhluk ini serta mencari kelemahan mereka pula. Barulah boleh kita hindari mereka ini serta mendapat kejayaan yang Allah swt telah janjikan kepada kita.

Maka saya ingin berkongsi akan penyelidikan yang telah saya jalankan secara bersendirian disegala ceruk rantau Nusantara ini di Indonesia, Borneo, Sulawisi, Thailand, Sumatera dan disini (Malaysia).

Di dalam mencari maklumat rupabentuk perguruan, ajaran, retual, penyembahan, persemadian serta yang digelar "bersatu" dengan Makhlik Halus atau golongan Jin, syetan dan Iblis ini. Tetapi pada kali pertama ini, saya muatkan dahulu pengenalan kepada Alam Iblis ini supaya anda tahu perbezaan diantara mereka serta tugas-tugas mereka bagi memudahkan anda memahaminya. Didalam mencari maklumat itu adakalanya terpaksa "terjun" ke dalam sesuatu perguruan kebatinan, barulah kita dapat mengatahui selok belok sesuatu jurusan malahan ada kalanya terpaksa bersama-sama dalam retual yang mereka jalankan itu.

Saya yang pada mulanya di arah untuk ujian rohani disuruh melakukan penjelajahan dari satu tempat kesatu tempat, dari satu Pensentren ke satu Pensentren, dari satu Guru ke satu Guru, dari satu Pondok kesatu Pondok, Dari satu Perguruan ke satu Perguruan, dari Desa, Pekan dan Bandar telah saya jejaki untuk mencari Alam Misteri Orang-orang Melayu yang benar atau pun yang salah dari segi akidah dan akhlak Agama Islam.

Tetapi sebelum itu saya telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengatahuan didalam bab-bab Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat serta semua juzuk-juzuk akidah dan akhlak serta juga mengikuti pengajian Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan Tarikat Nasabandiah; Kadiriah Banten Jawa Tengah, serta Perguruan Tarikat Ahmadiah di Banyu Mas Jawa Barat iaitu Pensentren peningalan Kanjeng Sunan Wali Songo dari keponakan keturunan Sunan Ampil, Sunan Bonang, Sunan Darajat dan Sunan Kalijaga yang kebetulan pula merupakan salasilah keturunan sebelah Ibu saya.

Penyelidikan ini seumpama membuat Thesis diperingkat PhD kalau di Universiri tetapi saya mengambil masa terlalu lama iaitu 7 tahun 9 bulan dan 11 hari sebelum diarah pulang semula ke Pensentren di Jawa Tengah tanpa mengabiskan penyelidikan itu yang tiada penghujungnya. Maka saya ingin kongsikan bersama anda buat pertama kalinya di maya ini "Iblis dan Alamnya (musuh kamu yang paling nyata)" semoga ia akan memberi manafaat kepada anda dalam menempuh dugaan perjalanan hidup yang sementara ini.



PENGERTIAN ISTILAH JIN :
Pengertian istilah Jin adalah merupakan suatu makhluk yang di jadikan Allah swt tersembunyi dari penglihatan mata kasar Manusia kecuali kepada mereka-mereka yang diberi Allah kelebihan dapat melihat mereka semua malahan boleh pula tinggal di Alam tersebut untuk "bertanding" bagi menguji darjah keimanan mereka. 

Alam Jin ini adalah berkedudukkan diantara Alam Malikat dan Alam Manusia. Mereka tidak dibenarkan melapasi sempadan alam Mithsal dimana jika mereka berdegil juga cuba menyeberangi sempadan itu, maka mereka akan ditembak dengan panahan petir dan halilintar, Berbeza dengan para Malaikat dan juga Manusia yang boleh memasuki ke alam-alam Jabarut, Lahut dan Malakut dan hanya sesetengah Manusia sahaja yang boleh melapasi kesemua alam-alam tersebut dengan izin Allah swt. Inilah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia yang telah menjadi kekasihNya berbanding dengan para Malaikat. Ingat peristiwa Nabi saw "Israk dan Mikraj" ke langit bertemu dengan Allah. Maka kita sebagai umat Muhammad saw yang setia, taat dan ikhlas harus juga begitu, dengan kebenaran Nabi saw dan Allah swt, segalanya pasti !

Jin tidak ujud (sebenar) seperti Manusia dan juga ghaib (sebenar) seperti Malaikat. Bererti mereka tidak murni dan tidak lattif iaitu hanya boleh menyerupai murni dan tidak lattif manakala tidak berjisim dan ber Roh sebenar. Mereka hanya boleh menyerupai manusia untuk tujuan penyamaran dan penipuan sahaja. Itupun bukannya semua Jin mampu berubah-ubah wajah, hanya golongan tertentu yang mempunyai darjat sahaja.

Maka golongan Jin ini dijadikan daripada Jisim Murni dari Api dan Angin yang sangat panas dan daripada Nurani iaitu Roh, Nafsu, Akal dan Hati yang tidak "Lattiful Rabaniah" seperti Manusia, bersesuaian dengan kejadian golongan Jin itu sendiri di atas kehendak Allah swt, Tuhan Maha Pencipa segala kejadian. Tetapi para Jin ini tidak diizinkan oleh Allah swt untuk menyerupai rupa paras Nabi Muhammad saw atau pun mengaku sebagai Nabi saw di semua tempat dan masa walau dengan apa cara sekali pun, baik didalam mimpi atau jaga.

Jika anda bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw, sila rujuk semula kepada Guru Rohani anda kerana ditakuti penyamaran para Jin peringkat tinggi ini boleh juga berlaku, mereka terpaksa menanggung resiko yang tinggi untuk 'korban' (mati dicabut nyawanya) manakala rakan yang lain akan menyambung tugas menipu manusia itu di dalam syak, zon dan waham yang paling sukar untuk melepaskan dirinya. Sebab itulah kita kena berhati-hati dan perlu diteliti dengan cermat akan masaalah ini. Ini penjelasan oleh beberapa orang Guru Rohani yang arif akan penafsiran mimpi dan dalam bab tipu muslihat Iblis.



ASAL KEJADIAN MAKHLUK JIN :
Seperti yang telah saya sebutkan sedikit diatas tadi, bahawa kejadian makhluk Jin ini adalah dari api dan angin yang sangat panas yang juga dipanggil Api Al Maarij dan Angin Samuun. Istilah akan Api Al Maarij adalah nyalaan api yang takat suhunya sangat panas iaitu percampuran diantara lidah api yang berwarna biru, hijau, kuning, merah dan hitam yang tidak berasap. Hanya Allah swt sahaja yang mengatahui akan takat suhu kepanasan api Al Maarij ini yang sama sekali tidak sama dengan takad suhu api yang ada di Dunia ini. Banyak dalil yang boleh dipetik dari ayat-ayat Al Qaran dan hadis-hadis Nabi saw berkenaan dengan kejadian makhluk Jin ini diantaranya ialah :

Allah swt Berfirman didalam surah Al A'araf ayat 12 yang mafhumnya; " Engkau jadikan aku (Iblis berkata) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia (Adam as) dari tanah "
Firman Allah swt didalam surah Al Hijr ayat 27 yang mafhumnya; " Jin Kami ciptakan sebelum Manusia dari api yang sangat panas "
Manakala sabda Rasullah saw berkenaan kejadian Jin adalah seperti berikut: Telah diriwayatkan oleh Iman Muslim dari sanat yang soheh bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya " Malaikat telah diciptakan dari cahaya, Jin diciptakan dari Api, sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada mu (tanah) ".
Al Samuun pula ialah angin yang sangat panas juga yang Allah swt mengadunkannya dengan lidah api Al Maarij lalu diciptakan makhluk Jin ini. Gambaran berkenaan jenis angin panas Al Samuun ini dirakamkan dari sebuah hadis Nabi saw seperti berikut :
Diriwayatkan dari Ibnu Mas'aud, bahawa Rasullah saw ada bersabda yang maksudnya, " Angin Samuun itu adalah sebahagian daripada 70 bahagian dari angin yang sangat panas yang daripadanya Allah ciptakan Jin ".
Dari semua dalil-dalil yang disebutkan diatas, maka bolehlah disimpulkan bahawa Allah swt telah menciptakan daripada sel sel atom dari lidah api yang sangat panas Al Maarij dan sel sel atom dari angin yang juga sangat panas iaitu Al Samuun yang telah diadunkan sedemikian rupa (Maha suci Allah daripada sifat-sifat Manusia) yang Allah sahaja yang mengatahuinya. Kemudian Allah swt tiupkan Roh dan Nyawa padanya, maka jadilah ia makhluk bernama Jan (asalusul datuk segala makhluk Jin), maka hiduplah ia seperti yang Allah swt kehandaki. 
Rupabentuk asalnya (setelah diciptakan ini) tidak pula diberitahu di dalam mana-mana ayat Al Quran ataupun Hadis Nabi saw. Jadi hanya ia tersimpan atas perbendaharaan pengatahuan Allah dan RasulNya sahaja. Tetapi Allah swt mengizinkan mereka (golongan tertentu) boleh menyerupai apa saja yang disukainya kecuali rupa dan paras Nabi Muhammad saw (yang telah diterangkan diatas tadi).
Setelah Allah swt menciptakan makhluk jin ini, maka diwajibkan ke atas mereka dan semua keturunannya nanti memikul semua hukum-hukum syarak agama Islam, seperti juga umat Manusia semuanya. Iaitu semua hukum-hukum Wajib, Sunat, Makruh, Halal, Haram dan Harus pada semua juzuk-juzuknya, disemua tempat dan masa menjadi Fardu ke atas mereka untuk sentiasa di dalam keadaan taat memikul tanggungjawab ini hingga kehari kiamat. 
Pada asalnya mereka ini (asalusul datuk mereka) iaitu Jan sangat taat serta beriman kepada Allah swt, dan mereka juga melahirkan zuriat dari golongan Jin yang juga metaati Allah swt keseluruhannya. Setelah beberapa keturunan dari itu pula berlaku beberapa perubahan dimana ada di antara mereka pula yang kufur dan kekal kufur kerana tidak mahu dibebani dengan hukum hakam yang di Fardukan ke atas mereka itu. 
Mereka-mereka yang kufur ini pula melahirkan zuriat yang juga kufur ke hadrat Allah swt hingga ke hari ini. Jadi samalah ceritanya dengan umat Manusia, mereka ada yang sesat, murtad, fasiq, munafiq serta zalim. Ada juga yang taat, soleh, alim dan mukmin. Maka mereka juga akan menerima hukuman yang sama seperti manusia iaitu samada dimasukkan ke syurga atau ke neraka di akhirat kelak.
RUPABENTUK DAN JENIS-JENIS JIN.
Semamangnya Allah swt tidak mengambarkan akan rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis dimana-mana ayat didalam Al Quran, tetapi Allah swt telah memberi izin kepada golongan Jin tertentu menzahirkan diri mereka menyerupai apa saja rupabentuk yang mereka sukai kecuali Nabi Muhammad saw. 
Maha Suci Allah swt dan sifat Maha Mengatahui apa-apa yang tersembunyai dan yang nyata. Iaitu jika ia dibenarkan juga menyarupai Nabi saw, maka hancurlah semua umat Islam hari ini. Begitu pun pemiliharaan yang Allah swt telah tetapkan kepada kesucian rupaparas Nabi saw, masih ada juga segelintir manusia mengaku menjadi Nabi (dengan hasutan Iblis dan syaitan), mengaku bercakap dengan Nabi dan mendapat mandat mengantikan Nabi akhir zaman, dan tak terkira banyaknya manusia yang bermimpi bertemu Nabi (jelmaan Iblis) dan membawa ajaran baru. Begitulah tipudaya Iblis kepada manusia yang telah disesatkan olehnya. Berhati-hati jika anda didatangi mereka ini.

Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsiaNya. Tetapi selepas mereka dicampakkan ke bumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma ke beberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dan lain-lain. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasullah saw di dalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :

Telah diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari sanat soheh yang bermaksud;" Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa'labah Al Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasulullahsaw bersabda; Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara, kedua adalah Jin yang berupa Ular dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk diri-nya ".

Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas ra, beliau menyatakan bahawa; "Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin. Kalau ia menhembus-hembuskan nafasnya dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia ".

Manakala dari soheh Muslim, telah diriwayatkan hadis dari Abdullah ibnu As Shamit, dari Abu Zar ra, bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya; " Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka buatlah oleh mu halangan yang merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana jika kamu tidak berbuat seperti itu maka solat mu akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing hitam ".

Imam an Nawawi Rahimakumuallah pernah memberitahu didalam syarahannya bahawa perkataan "al Bahim" (didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang hitam pekat. Manakala dua titik putih diatas kedua matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna yang jelas antara hitam dan putih itu). Dari kitab al Musaqah.

Manakala dari Iman Al Buhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar misjid dan bersabda yang maksudnya;  " Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At Thafiyatan dan Al Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan ".

Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al Abtar pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. 
Jika di sebelah sini, masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular tedung senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya. Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu. Ini telah disahkan sendiri oleh seorang Raja ular dari Perguruan Permainan Ular Di Batu Malang Surabaya Jawa Timur.

Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi golongan yang yang telah disebut didalam Al Quran iaitu :

Allah swt berfirman didalam surah Al Ambiyaak ayat 82 yang mafhumnya :" (Kami tundukan) diantara syaitan-syaitan, mereka yang menyelam masuk ke laut untuk (keperluan) Sulaiman dan mengerjakan perkerjaan yang lain daripada itu dan adalah Kami memelihara mereka ". 

Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini menerangkan perihal Mujizat Nabi Allah Sulaiman as yang boleh memerintah kerajaan Jin di mana semua Jin ini menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang menyelam ke dasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang berkerja membuat bangunan dan lain-lain. Oleh itu ada lagi satu golongan Jin yang berkebolehan menyelam ke dasar lautan, sungai atau tasik. Jika kita bertanya kepada orang asli laut (orang Seletar), mereka akan mengatakan "hantu laut". Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan Jin yang mendiami Lautan, tasik atau sungai yang perlu diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah 4 iaitu :

1) Kelompok bersayap yang boleh terbang.


2) Kelompok Anjing dan Ular.


3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk.


4) Kelompok yang boleh menyelam.

Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru ahlillah yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa ketika, mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk dan rupaparas golongan Jin ini yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat disamakan dengan apa juga bentuk di alam nyata ini dan tidak dapat diterima oleh logik otak manusia. Walau bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut :

1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik dan elok .

 2) Manakala golongan Jin kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan mengerikan.

3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar gunong, manakala ada juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai-ramai.

4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang leper dan yang bulat, lonjong, berpintal pintal berubah size dan bentuk juga.

 5) Mereka juga berwarna warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dan lain-lain (spt cerita Allahyarham P. Ramlee pulak)

 6) Mereka boleh tinggal di kesemua bahagian dunia, di permukaan bumi, dalam bumi, di atas air, di dalam air, di atas awan, di udara, di dalam hutan, di atas pokok, di dalam rumah tinggal, surau tinggal, di sungai, di laut, di bukit bukau, di puncak gunong malahan di mana-mana saja.

7) Bilangannya teramat ramai, berbelion-belion kali ganda dari jumlah manusia. Boleh ditakrifkan bahawa "setiap ruang ada dia". Jika Allah swt memberi manusia dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak bergerak pun. Mereka boleh lihat apa saja perbuatan manusia. Itu sebab kita disuruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan ketika berseorangan. Mereka ada di sekeliling kita memerhati gerak geri kita.

8) Ungkapan "sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia" adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, warak, soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat Mazmumah di dlam diri mereka seperti riak, takabbur, ego, ujub dll yang mana boleh pada bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik, zalim sekelip mata saja. Terutama apabila manusia mengambil dirinya menjadi "Khadam" atau "sahabat". Disaat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan takabur pada Allah. Ia jadikan manusia itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk di dalam sirik besar iaitu menduakan Allah swt tanpa sedar, kerana pergi minta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil Jin sebagai wali (penjaga).

Jin di Alam Melayu
Menjurus kepada permasaalahan orang-orang Melayu yang berkait rapat dengan alam Mistik, dikawasan Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat, kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran Mistik Pagan Mesir Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman-fahaman sesat serta banyak lagi fahaman songsang ditambah pula dengan campurtangan ajaran keagamaan seperti Majusi, sembah dewa, Budha, Hindu dan Kristian.
Jika di Indonesia masaalah ini begitu kronik sekali. Kejatuhan moral umat Islam di sana sangat mencabar pihak yang menjaga hal ehwal agama Islam. Dengan jumlah umat Islam yang begitu ramai, kekurangan dana pembiayaan, masaalah kemiskinan masyarakat Islam dan budaya mudah sangat menerima segala bentuk ajaran yang dianggap "agama" bagi mereka, maka menyababkan mereka sukar membendung jumlah Umat Islam yang menjadi MURTAD setiap hari. 
Inilah sebabnya Indonesia "dipilih" oleh mereka-mereka yang bergerak sebagai "penaja", menyalurkan dana bagi tujuan untuk dijadikan pusat penyebaran dakyah sesat mereka. Orang-orang Melayu Melaysia yang selalu "menganggap" pencarian Ilmu Agama atau pun Tarikat yang lebih murni boleh diperolehi di sana yang akhirnya terjebak dengan dakyah songsang  Kepercayaan Kebatinan yang mirip ajaran Tarikat. 
Mereka menjadi pengikut Iblis dan kuncu-kuncunya di sana dan kemudian kembali kemari untuk menjalankan pula dakyahnya di sini. Ada juga yang saya temui sendiri disana memberitahu, mereka datang memang mencari Ilmu seumpama itu untuk cepat kaya. Mencari jalan pintas yang mudah untuk kebendaan dunia langsung menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada ajaran Iblis. 
Inilah senario sebenar yang berlaku dalam masyarakat di Kawasan Nusantara ini. Cetek pengatahuan agama adalah punca sebenar akan pekara ini. Justeru perhatikan muslihat Iblis yang menjadikan manusia-mahusia Iblis sebagai pendakwahnya. Sekarang syaitan dan Iblis tidak lagi bersusah payah untuk berkerja menyesatkan Umat Islam. Mereka telah punya askar-askar, kuli-kuli dungu yang berkerja untuk mereka dengan menerima bayaran yang murah. Iaitu manusia-manusia bodoh yang telah diadaptasi, dimind controlkan menjadi sebahagian dari mereka. 
Saya meneru agar anda berwaspada, tidak berapa lama lagi mereka ini akan menyerang Melaysia habis-habisan bagi menarik seberapa ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam menjadi sesat seperti mereka. Ingatlah akan pesanan saya, "Syaitan dan Iblis itu adalah musuh kamu yang paling Nyata" !!!

Orang-orang Melayu yang sangat kreatif selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka dulu hafal Al Quran, mereka kenal asalusul kejadian manusia, mereka tahu kelemahan manusia, mereka sentiasa mengintai gerak geri manusia, mereka mengikuti setiap benih yang jatuh ke rahim wanita muslim, mereka duduk di sebelah jenin manusia dalam rahim ibu muslimah dan mereka turut lahir bersama setiap bayi muslim yang lahir dan membesar bersama-sama mereka. 
Nah... bagaimana ??? masih lagi mengatakan mereka itu golongan yang boleh ditonggang seperti kuda?. Mereka tidak hairan dengan ayat yang kamu jampi, mereka berpura-pura mengikut telunjuk kamu asalkan kamu jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menungangi kamu seperti kaldai dunggu...ya seperti kaldai yang dunggu dicucuk hidung dan dipukul diponggongnya suruh ia berlari ke arah yang mereka mahukan. Saya akan buka pekong ini, saya akan bogelkan kamu satu persatu hingga kamu malu untuk tinggal di atas dunia Allah ini. Malu dengan sikap kamu yang bodoh menyesatkan diri sendiri. Malu untuk menghirup udara milik Allah swt yang diberi percuma ini.

Ok kita kembali semula kepada tajuk... .IBLIS DAN ALAMNYA


KEPERCAYAAN ORANG MELAYU :
Orang-orang melayu tak kira apa keturunan pun pasti tidak lari daripada kepercayaan kurafat terutama yang sangat memegang Adat Resam sebagai gaya hidup. Mereka selalunya menganggap makhluk Jin ini dengan panggilan Hantu, Polong, Lembaga, Mambang, Puaka, Penunggu, Jembalang, Puteri, Dewadll. Panggilan ini diberikan kerana kononnya atas alasan fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain, padahal mereka semua adalah dari satu jenis makhluk yang satu spesis iaitu Jin.

Maka perbuatan, perangai dan tujuan mereka adalah sama, iaitu membuat manusia sesat walau dengan apa cara sekali pun. Orang Melayu yang suka berperasangka, berhayal, dengki, hianat, bermusuhan, suka benda magic, mistik, suka nampak hebat pada masyarakat, suka kepada puji pujian maka memang tepat untuk mereka duduk ber "sahabat", ber "Khadam", ber "saka", ber "Daulat" dengan kaum jenis ini. Kaum yang lain susah sikit sebab tak faham, diajar pun bebal. Orang Melayu tak payah ajar, dia tahu sendiri, kan senang. Betul tak ???

Oleh itu marilah kita kenal pasti makhluk yang dipanggil hantu, puaka, jembalang yang menjadi kebanggan dan kemegahan orang-orang Melayu dulu, kini dan selamanya !

A) Dari kelompok yang mempunyai sayap yang boleh terbang keudara iaitu;

1) Hantu Pontianak 2) Hantu Langsui 3) Hantu Penangal 4) Hantu Pokok Pulai 5) Hantu Pari-pari 6) Puteri Mayang Mengurai 7) Hantu Pokok Ara 8) Hantu Jurai 9) Hantu Tang Long 10) Hantu Angin Pasang 11) Hantu Kepala Angin 12) Hantu Pelesit 13) Puaka Burong Wak wak 14) Hantu Ampaian 15) Dewa Langit 16) Dewa Hujan 17) Hantu Terbang Helang Putih 18) Hantu Bangau Putih

B) Dari Kelompok yang melata dibumi dan berubah ubah wajah juga menghilang ;

1) Hantu Raya 2) Hantu Toyol 3) Hantu Kubur 4) Hantu Jerangkong 5) Hantu Jembalang 6) Hantu Punjut 7) Hantu Jepun 8) Jin Tanah 9) Mambang Tanah 10) Jembalang Tanah 11) Hantu Sundal Bolong 12) Hantu Bungkus 13) Hantu Pocong 14) Hantu Mati Dibunuh 15) Hantu Polong 16) Hantu Gua 17) Hantu Bukit Tunggal 18) Hantu Gunong 19) Hantu Kereta 20) Puaka Pulau 21)Lembaga Hitam 22) Hantu Lubuk Puaka 23) Hantu Kopek 24) Hantu Tangga 25) Hantu Sempang Tiga 26) Penunggu Taliair 27) Hantu Jeti 28) Hantu Mayat 29) Hantu Saka 30) Hantu Sampok 31) Hantu Pari2 Lembah 32) Hantu Kom Kom 33) Puaka Lubuk Hantu 34) Hantu Kolong 35) Hantu Bumbung 36) Hantu Cina 37) Hantu Jongos 38)Puaka Gua Hantu 39) Hanti Perigi Buta 40) Dewa Hutan 41) Dewa Gunong Merapi 42) Dewa Lembah Dingin 43) Bunian (Pari-pari Hutan) 44) Dewa Daulat 45) Hantu Gigi 46) Pantas di Awan 47) Hantu Galah 48) Hantu Tinggi 49) Hantu Lombong Tinggal 50) Panglima Hitam 51) Pamglima Harimau Berantai 52) Harimau Jadian 53) Puteri Mak Yong


C) Dari kelompok dalam air, tepi air, atas air yang boleh menyelam dan berenang ;

1) Hantu Air
2) Pari-pari Air
3) Hantu Laut
4) Hantu Perahu
5) Penunggu mata air
6) Penunggu Jeram
7) Hantu Buaya Tembaga
8) Hantu Sungai
9) Hantu Lubok Puaka
10) Hantu Tasek Biru
11) Puaka Laut Selatan
12) Penunggu Kunci Air
13) Hantu kepala air
14) Penunggu Pertemuan Dua Sungai
15) Puteri Pulau Tujuh 16) Dewa Sungai
17) Dewa Laut

D) Dari Kelompok yang menyarupai binatang ;

Selain dari 2 jenis binatang yang telah disebutkan didalam hadis-hadis Nabi saw, terdapat juga jenis-jenis lain yang menyerupai binatang juga dikira sejenis atau sebangsa dengannya iaitu :

1) Jenis Anjing Hitam pekat dengan dua titik putih (spt dlm hadis Nabi saw)

2) Jenis Ular tedong selar/senduk dengan garis putih dibelakang kepalanya (spt dlm Hadis Nabi saw)

3) Jenis Harimau Jadian penjaga kawasan dan Kampong.

4) Jenis Penjaga burong jenis jadian spt burong yang besar.

5) Jenis Puaka Laut yang berupa Ikan Pari besar.

6) Jenis Puaka Laut dalam berupa Sotong Kurita yang sangat besar.

7) Jenis Jelmaan Buaya Sungai yang besar.

8) Jenis Jelmaan Srigala atau Srigala Jadian

9) Jenis Jelmaan Harimau Putih atau Macan Putih

10) Jenis Jelmaan Babi Hutan yang besar penjaga puak org asli bukit.

11) Jenis Jelmaan Naga atau Ular Besar Penunggu Pulau, Tasek, Laut, Sungai, Gunong dll

Kurafat, Keji dan Kufur
Jika anda perhatikan ke semua jenis hantu, puaka, jelmaan dan lain-lainl diatas, tidakkah ia menepati ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis-hadis dan juga ayat al Quran ?. Memanglah semua nama itu tidak disebut satu persatu disana, tetapi ijtihad serta ijmak Ulamak harus tuan-tuan ambil kira dalam menetapkan sesuatu Hukum. Terutama kesepakatan Ulama-ulama bangsa Melayu sendiri telah menetapkan perbuatan ini adalah Kurafat, Keji, Kufur dan tidak boleh diterima langsung dalam Islam.

Sudah terang lagi kan bersuluh, keterangan ayat sebegini jelas pun masih hendak dipertikaikannya lagi. Inilah Tabiat orang-orang Melayu yang dah kemaruk Iblis, otak dan hatinya telah dikencingkan Syitan dan Iblis, di mind control, telah disihir oleh puak Iblis sesat. Mereka memutar belitkan kata-kata untuk membenarkan dan untuk meyakinkan masyarakat bahawa apa yang diamalkan, disimpan, dibela dan diyakini itu tidak bertentangan dengan Syarak atau hukum agama Islam.

Terutama yang berkaitan dengan adat resam datok nenek moyang mereka. Mereka mempertahankan dengan apa juga cara. Pada hal mereka telah menyimpang jauh dari syariat Islam, dari perintah Rasullah saw dari perintah Allah swt, supaya menjauhkan diri dari puak-puak syitan dan Iblis ini, baik dalam apa juga alasan kamu. Begitulah jauhnya dan dalamnya pengaruh kesesetan yang telah tertaman jauh dilubuk hati, minda, jiwa dan raga orang-orang Melayu yang kemudiannya mereka ditunggangi oleh golongan Jin, Syaitan dan Iblis ini untuk menjadi jelmaan mereka iaitu "Manusia Iblis".

Inilah dia masaalah kronik orang-orang Melayu di dunia sebelah Nusantara ini. Di tempat yang Melayu-Melayu ini banggakan seperti ungkapan "The Promised Land", "Tempat Kebangkitan Dari Timur", "Kebangkitan Imam Mahadi dari Timur", "Kebangkitan Panji2 Hitam Dari Timur", "The Land of the God", "The Armageddon from East" dll... sedangkan isinya, masyaallah...


MASYAALLAH !!!! MACAM MANA NAK PERGI PERANG BERSAMA ORANG-ORANG ARIFIN, MUTTAKIN, HAQQIKIN TU,

kalau dalam dada bersarang Iblis ??? silap2 kamu dahulu yang kena.

Mengikut penyelidikan kawan sendiri, diantara semua hantu, jembalang, polong dll yang kawan sebutkan diatas tadi. Antara yang sangat popular dijadikan "sahabat", "Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA keturunannya antaranya ialah :

1) Dewa Daulat - Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang diraja, Orang bergelar, ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA DAULAT.

2) Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin

3) Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit.

4) Bunian (pari-pari hutan) - Pengamal perbomohan dan perubatan tradisional

5) Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm perdukunan

6) Hantu Langsui - perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju.

7) Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan

8) Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan

9) Dewa Laut - pengamalan orang sakai laut utk perlindungan ribut dan nelayan.

10) Dewa Sungai - org asli dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan perubatan

12) Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi kaya

13) Hantu Pokok Kayu Ara - pengalamal Kuda Kepang dan barongan

14) Pantas di Awan - utk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan, hebat dan gagah

15) Hantu Bukit - org asli senoi dan jakun. utk jaga kawasan

16) Hantu Perahu - org asli kuala, utk jaga perahu dan arah cari ikan

17) Puteri Mak Yong - pengamal tarian makyong tujuan diminati org ramai.

18) Hantu Air - org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari ikan banyak.

19) Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat, selampit

20) Panglima Hitam - Popular pd pengamal persilatan dan pertahanan diri, boleh dikatakan hampir kesemua persilatan melayu menyeru

namanya dan dgn sendirinya ia didampingi - silat Seru dll.

21) Dewa Sungai - perguruan silat sending

22) Penunggu Pulau - perguruan silat Lincah

23) Hantu Bangau Putih - persilatan Bangau Putih

24) Puaka Terbang putih - persilatan Helang Putih

25) Jembalang Tanah - persilatan Budi Suci, wali suci, Roh suci dan silat Cimandi.

26) Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, labi-labi atau lelabi.

27) Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau, Persilatan Macan Putih

28) Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai

29) Dewa Saka - Persilatan dan perbomohan Buang Saka.

30) Dewa Angin - Perbomohan raja santau dan tuju

31) Hantu Tulang - Pengamal urut patah

32) Puaka Pulau Pemanggil - Pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua, ustaz, lembut lidah, memukau orang, bersuara kuat dll

33) Puaka Harimau Kerinci - sahabat utk menjaga kampong, rumah, keluarga, kebun, tanaman, ternakan dan boleh bawa tuannya pergi kemana2 dengan cepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan