Pengikut

atas

Khamis, 16 Jun 2011

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce tak halal

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce disahkan JAKIM mengandungi DNA Khinzir berikutan penemuan asid deoksiribonukleik di dalam produk tersebut. Kata akhbar-akhbar, dan kengkawan di Twitter mereka.
hp sause haram
Tabasco Pepper Sauce haram
Bawah ni berita pasal ni, sedut dari sini (walaupun Harakah ni tak berapa nak betul sama macam Utusan jugak, tapi bab ni aku rasa boleh percaya ngan Harakah)
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan merasa bimbang dengan pendedahan sejak akhir-akhir ini mengenai pelbagai produk makanan yang digunakan dengan meluas oleh umat Islam mengandungi DNA babi.Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar)berkata, terbaru pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan keputusan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menguji sampel produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengesahkan terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalamnya.
Laporan akhbar hari ini menyatakan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk berkenaan.
“Bagi umat Islam, sebarang isu yang berkaitan persoalan halal haram perlu diambil serius, kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. CAP juga, ujarnya menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara atau pun dari luar negara.
Beliau menambah, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana sos digunakan di dalam banyak bahan masakan di rumah dan juga di kedai, restoran dan gerai-gerai makanan terutamanya dalam makanan ala Barat. Menurutnya lagi, melalui pembangunan teknologi makanan, pemprosesan makanan menjadi semakin kompleks dan pengguna juga mempunyai pelbagai makanan yang diproses untuk dipilih dan keadaan itulah yang mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan haram.
Oleh sebab itu, tegasnya CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya menarik balik dengan segera penjualan dua produk itu yang dijual di Malaysia. “CAP menggesa rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan menghentikan segera pengambilan sos sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim,” ujarnya.
Pengguna juga, katanya perlu mengelak daripada mengambil produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage kerana Sijil Pengesahan Halal telah ditarik balik.
Sehubungan itu, ujarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan