Pengikut

atas

Sabtu, 4 Jun 2011

Kenapa Seorang Lelaki Menangis?

Syair Cinta Rabiatul Adawiah 
Dalam kalbuku aku tetapkan diriMU sbg sahabat yg blh ku ajak berbincang
Ku berikan tubuhku kpd yg mengkehendakiku
Ku pandang tubuh ini utk berdampingan
Tetapi kasih kalbuku sahajalah yg bersahabat dgn kalbuku
Aku cinta kpdMU dgn 2 macam CINTA
CINTA RINDU kpdMU kerana ENGKAU layak diCINTA

Adapun CINTA RINDU itu,
ku sibukkan diriku dgn sentiasa mengingatiMU,
BUKAN selainMU
Adapun CINTA kerana ENGAKAU layak diCINTAI
Kau singkapkan hijab hingga aku melihatMU
Namun tiada pujian dalam hal ini & itu
Segala puji hanyalah untukMU dalam ini & itu

Sungguh ganjil, engkau mengaku mencintai ALLAH
Tetapi...................... masih sahaja engkau menentangNYA...
Jika engkau memang mencinta ALLAH, lakukan kehendakNYA!!!
Kerana mencintai seseorang...bererti mengabulkan kehendakNYA


Nota: Ni adalah syair cinta Rabiatul Adawiah. Sekadar renungan kita bersama..
Hayatilah maknanya yg mendalam.Moga ianya dapat membantu kita memuhasabah diri.




Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.


Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.


Kenapa lelaki menangis?


# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan