Pengikut

atas

Rabu, 22 Jun 2011

Luahan hati untuk polis dan ibu yang banyak berjasa

Hari yang mengajarku erti kesabaran, dapat autograf seorang peminat
yang inginkan tanda tangan Akim(bukan nama sebenar) iaitu pak polisi untuk mengesahkan bahawa akim di saman atas kesalahan yang mungkin boleh di maafkan oleh sesetengah polis lain.

kesalahan pertama akim
-lampu hadapan tidak menyala (tidak tahu ianya tak menyala)

kesalahan kedua akim
-number belakang tidak jelas (tidak tahu ianya tak jelas)

Sebab apa akim kata boleh di maafkan setengah polis lain.

Bukan di sengajakan oleh akim,kerana kenderaan yang akim bawa itu bukan kenderaan akim,kenderaan jiran akim,yang ibu akim pinjam untuk menghantarnya ke tempat dia berniaga kecil-kecilan di suatu temapt di tepi jalan,akim tidak ada kenderaan masa tu menyebabkan ibu akim menebal muka pinjam dengan jiran sebelah rumah sungguh malu akim dengan ibu akim itu.
Dalam perjalan menghantarnya,akim ternampak polis sedang menjalankan pemeriksaan keatas kenderaan yang lalu lalang di satu jalan yang ingin akim tuju.
Akim tidak tahu bahawa lampu hadapan dan number di belakang tidak jelas di mata pak polisi itu.Dalam keadaan tergesa-gesa tadi menghantar ibu mencari rezeki dan mengejar masa akim untuk ke tempat kerja menyebabkan akim tidak sempat untuk check semua itu.Mungkin akim juga cuai akim mengakui itu,tapi demi masa manusia dalam kerugian.Kerana mengejar masa akim tidak sempat check dan terlepas pandang dalam hal itu

Akim sangat tidak berpuas hati dengan tindakkan polis itu,kerana apa, kerana tidak memberi peluang pada akim dengan memaafkan kesalahan tersebut agar memperbetulkan apa yang kurang itu.Ketidakpuasan hati Akim lagi adalah tindakkan polis itu seolah-olah tidak ingin memberi peluang langsung pada Akim dengan memberi amaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut,tanpa banyak soal terus menyaman akim.Adakah wajar tindakkan ini?mungkin setengah orang wajar dan mungkin setengah orang tidak wajar.rambut sama hitam hati lain-lain.

Akim lihat tindakkan polis ini bukan ingin mengajar masyarakat kearah pemanduan berhemah,tetapi lebih kearah menganiaya masyarakat,kerana apa akim berkata polis menganiaya masyarakat kerana tindakkan melulu polis tanpa banyak soal dan tanpa belah kasihan terus menyaman itulah ada unsur menganiaya,kalau ada 10 orang lagi polis macam ni akim rasa kebulurlah masyarakat memikirkan bagaimana hendak hidup.Polis hanya tahu ada nampak kesalahan kecil besar saman,CUKUP bulan gaji masuk.Masyarakat yang susah-susah berpanas berhujan mencari rezeki tidak ambil peduli akan perit jerih yang di tanggung,tidak di nafikan polis banyak berjasa pada masyarakat dan akim sendiri, akim sangat berterima kasih tentan itu,tapi dalam menjalankan tugas perlu banyak pertimbangan untuk mendapat lebih keberkatan dari masyarakat sekeliling agar tidak membawa unsur penganiayaan dalam tugas.Akim ni bukan orang senang.Pendapatan keluarga akim bukan tinggi sangat sekadar di paras 1000 ke bawah sekitar RM700 jika di campurkan dengan anggaran.Menyaman golongan seperti akim yang berpendapatan cukup makan sahaja adalah tidak wajar bagi akim dan perlu banyak pertimbangan,gaji bulan ini mungkin tidak cukup untuk membayar saman tersebut dengan kadar bil elektrik naik,minyak naik dan harga keperluan naik memberi impak pada akim dan kelunrga untuk membayar saman tersebut,kenderaan yang akim naik pun kenderaan pinjam inikan pula mahu membayar saman.Bagaimana dengan anda mungkin anda tidak kisah dengan saman itu kerana anda mampu bayar.

Akim ada tanya polis itu tidak bolehkah mempertimbangkan kesalahan tersebut
dia pulak menyuruh Akim membuat pilihan.. ''kamu mahu saman yang mana yang depan atau yang belakang''.Akim hanya mendiamkan diri,tanpa berselindung akim membuat reaksi seolah-olah akim tidak berpuas hati dengan tindakkan polis itu,dia yang menyedari akan reaksi akim yang tidak berpuas hati dengannya terus menyapa Akim ''Ooo.. nak tunjuk gedebe(BERANI) dengan saya,ni la orang melayu'' nampak tergantung ayat diakan, itulah ungkapannya pada akim,terdetik di hati akim untuk menjawap sapaannya itu,tapi dengan iman yang ada dalam hati,dan tidak mahu memanjangkan cerita serta keadaan akim yang tergesa-gesa mengejar masa,akim hanya mendiamkan diri untuk tidak membuang masa di situ dan menampakkan akim bersikap kurang ajar pulak padannya mengajaknya berbahas dengan akim tentang maksud orang melayu yang di ungkapkannya itu,tapi hati akim masih ingin berkata-kata.. tapi kata-kata itu hanya tersemat dalam hati akim sahaja mengiring perjalannan,inilah kata-kata yang mungkin keluar jika akim membalas sapaannya itu..

''Saya bukan melayu saya islam,dulu saya bangga sangat di lahirkan berbangsa melayu,tapi hari ini kebanggaan saya di lahirkan berbangsa melayu semakin layu hari ke hari,kerana apa kerana melayu suka menindas,suka menganiaya bangsanya sendiri,suka makan rasuah,pengetahuan tentang agama kurang,banyak orang melayu rosak dan suka mengikut acuan yang di bawa yahudi ''

,walaupun pengetahuan agama akim kurang tapi akim sedar akan hakikat itu.

Dalam pada itu juga hati akim bercelaru tidak tahu kenapa perasaan amarah hingap pantas kedalam hati akim menyebabkan akim sewenang-wenang marahkan ibu tercinta akim di sebabkan tindakkan polis itu.sebab apa akim marahkan ibu akim sebab dialah yang pinjam kenderaan itu,bukan niat akim untuk marahkan ibu tercinta tetapi amarah di sebabkan polis itu, ibu pulak menjadi mangsa,sungguh akim berasa berdosa selepas di saman dan perasaan amarah hilang selepas itu.
Ibu maafkan akim,akim terlalu ikut nafsu.. akim marah sebab akim tertekan dangan tindakkan polis itu tidak kasihan akim dan ibu dan tidak mahu mempertimbangkan permintaan akim itu untuk tidak menyaman akim terlebih dahulu,mungkin ini takdir untuk akim dan akim menerimannya dengan hati terbuka serta akim bersyukur dengan takdir ini yang mengajar akim berbanyak bersabar menjalankan kehidupan.Akim ni bukan apa terlalu memikirkan tentang keluarga dan jasa ibu yang tidak pernah kenal erti lelah dan malu walaupun akim tahu ibu sedang sakit,tapi mengagahi lagi mencari rezeki untuk adik-adik akim yang lain.

UNTUK IBU
Ibu ku doakan engkau panjang umur dan di beri kesihatan yang lebih baik.Dan
akan akim usahakan suatu saat agar akim dapat menghantar ibu ke mekah dengan wang titik peluh akim sendiri nanti.Insyakallah

UNTUK POLIS YANG MENYAMAN AKIM
akim doakan semoga mendapat rezeki yang halal dan di redhai Allah semesta alam yang tahu niat-niat hambanya berkerjalah dengan menggunakan akal janganlah terlalu menurut hawa nafsu dalam segala tindakkan dan bekerjalah kerana keredhaan Allah.lihatlah dengan mata hati sebelum membuat keputusan.

Apa pendapat anda tentang cerita ini??
kongsi komen anda di ruangkan komen di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan