Pengikut

atas

Isnin, 4 Julai 2011

janji Allah itu pasti.. Islam akan bangun buat kali ke 2.

Tanda-tanda Sangat Hampir Kemunculan Imam Mahdi.

1. Pembunuhan Besar-besaran dan Keluar Panji-panji Hitam

A. Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, 
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Berbunuh-bunuhan yang dimaksudkan di sini adalah Perang Teluk. Ini adalah peperangan yang besar yang menelan korban yang cukup ramai. Tujuan peperangan itu ialah sengaja mahu membunuh orang ramai yang sepatutnya tidak terlibat dalam peperangan. Lebih ramai lagi ialah orang-orang yang menderita akibat peperangan tersebut. Tempat simpanan Kaabah yang dimaksudkan adalah kawasan Teluk Parsi (Al-Khalij) kerana di situ terletaknya salah satu telaga simpanan minyak yang terbanyak di dunia. Tiga beradik yang dimaksudkan ialah tiga negara yang asal-usulnya dahulu dari satu orang khalifah Allah (Nabi Ibrahim AS) iaitu Amerika Syarikat, Eropah dan Iraq.

Ketiga-tiga pihak itu tidak satu pun yang boleh dikatakan menang atau mendapat minyak tersebut. Tiada juga yang dapat dianggap sebagai pemimpin. Tidak lama selepas itu, maka Pemuda Bani Tamim mendapat kuasa pemerintahan di Timur, iaitu di Asia Tenggara. Kuasa pemerintahannya semakin besar dan merebak kerana semua umat Islam menjadi bersatu hati apabila melihat seorang yang benar-benar layak memimpin mereka telah muncul di depan mata. Semua umat Islam menjadi bersatu semula di bawah pimpinan beliau. Seterusnya beliau memerangi semua pihak yang menentangnya dan membunuh semua musuhnya dan musuh Allah.

Jumlah orang yang mati kerana menentang pimpinan beliau sangatlah ramai di seluruh dunia. Yang ramai mati itu kebanyakannya bukan di medan perang tetapi di rumah atau di hospital. Zaman ini Tuhan jadikan orang yang berpenyakit kronik, terutamanya jantung dan darah tinggi sangat ramai. Maka semua musuh Islam yang ada penyakit jantung dan darah tinggi akan segera mati, kerana terlalu sakit hati dan marah terhadap naiknya semula Islam sebagai kuasa baru menggantikan kuasa Barat, selain penyakit-penyakit itu memang mudah menyebabkan kematian.

Ramai pula yang mati di medan perang saraf dan mati di medan perbahasan. Mereka tiada kata-kata untuk dihujahkan terhadap kepemimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Kekeramatan Pemuda Bani Tamim itu terlalu hebat untuk ditentang oleh sesiapa pun jua yang cuba memusuhinya.

Bagi seluruh umat Islam, apabila mereka melihat Pemuda Bani Tamim telah mendapat kuasa di Timur itu, mereka akan segera berpusu-pusu ke Timur untuk menemuinya dan segera membaiatnya sebagai pemimpin mereka. Mereka sanggup bersusah payah mencari jalan menemuinya sekali pun terpaksa menjual seluruh harta bendanya, malah jika terpaksa, sanggup menjual anak isterinya, semata-mata agar dapat menemui Pemuda Bani Tamim di Timur itu. Itulah ciri-ciri pemimpin sejati, iaitu dia dicari oleh pengikut, bukan dia mencari pengikut. Dia tidak perlu bersusah payah berkempen ke sana ke mari mencari pengaruh, apatah lagi terpaksa memburuk-burukkan pihak lawan.

Mereka sanggup menemui Pemuda Bani Tamim Syuaib bin Saleh kerana apabila beliau muncul mendapat kuasa di Timur, maka yakinlah seluruh umat Islam bahawa Imam Mahdi tidak syak lagi akan segera muncul pula ke dunia ini. Maka, munculnya Pemuda Bani Tamim adalah menjadi tanda terbesar dan teryakin bahawa Imam Mahdi akan benar-benar muncul. Dan muqaddimah daulah Islamiah sudahpun terbangun ketika itu.

Sumber:

Sami-sami Hindu di India turut meramalkan melalui ramalannya beberapa tahun lepas bahwa bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini bukan lagi dari kalangan orang politik. Diberitakan bahwa Perdana Menteri Malaysia pernah mengemukakan beberapa nama untuk ditenung sebagai bakal Perdana Menteri supaya dapat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semua nama yang dikemukakan itu ditolak karena diberitahu nama-nama mereka itu tidak ada dalam senarai sebagai pengganti Perdana Menteri. Sahih atau tidak berita ini, tidak dapat dipastikan.

Jelaslah bahwa orang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini tidak lagi dari kalangan orang-orang politik. Tambahan pula, seorang ulama besar di Malaysia telah baru-baru ini membuat perisytiharan bahwa tokoh agama akan menjadi pemimpin Malaysia pada alaf baru ini. Kebetulan pula, Malaysia ini dikatakan sebagai pusat kebangkitan Islam kali kedua, pada akhir zaman, yaitu zaman kita ini. Jika dikaitkan kedua-dua penyataan ini, bagaikan ada kaitan yang rapat antara kedua-duanya.




Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis? Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi? Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?. Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini. Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.
-M.O





Kita cari masa depan,namun lupakan masa lalu ...

Kita kumpul semangat tanpa henti-hentinya,dari rimbunan cemuhan dan kejian,

Namun kita lupa kejayaan dan gemilang masa dahulu....

Kita bagaikan merpati,yang beriringan mencari mimpi...

Kita sebenarnya tidak tahu siapa sebenarnya diri kita,dan apa yang kita capai dahulu...

Kita kini berjalan di atas pecahan paku dan kaca kekerdilan diri, meraba-raba dalam kegelapan sejarah... tergapai-gapai sinar harapan sambil menutup rapat RIWAYAT AGUNG masa silam...


Haruman Dari Dalam Tabut Rahsia



dari tabut rahsia yang menyebarkan harum-haruman mengasyikkan...

dari gunung rimba yang penuh mistik...

dari tujuh lautan dan tujuh selat...

Saya, Srikandi...

cucu kepada penjaga Gua Rahsia ini,

dengan penuh sukacitanya...

mempersembahkan kepada anda...





'The Quest for The Last Malay Tabernacle'

Siapa Srikandi

Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Genealogy Studies.

Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles,sebuah medium internet yang diwujudkan oleh Mistis Organization.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.






Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan...
Alang-alang mandi biar basah...
Butang keyboard lebih tajam dari pemotong berlian...
Saya, Srikandi ...pemusnah musuh-musuh sejarah Melayu.

The Naga King's Daughter

The Naga King\ 
At this ruins, I write my ancient Chronicles...,
~I'm Queen of History


Tiada ulasan:

Catat Ulasan