Pengikut

atas

Isnin, 4 Julai 2011

Antara “HIPOKRIT” “KURANG AJAR” Dan “BERADAB”

Mengikut kamus maksudnya ialah

HIPOKRIT

• A person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs
•A person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements
(dan jika dimudah kan bunyinya ialah “ seseorang yang berpura pura baik, berperinsip, beriman, dan berakhlak tapi hakikatnya adalah sebaliknya “, lebih kurang gitu la maksudnya )

BERADAB (ADAB)

•cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu:
~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan;
ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya (Senang cerita , “cara dan akhlak yang sesuai untuk kita tonjolkan bagi mengimbangi atau menyesuai diri dalam sesuatu suasana atau keadaan” ni dari pemahaman ringkas saya la)

Ini sebenarnya adalah rentetan dari apa yang saya lalui petang tadi…..

Lebih kurang pukul 4 petang tadi adalah sekumpulan remaja perempuan yang datang ke permis perniagaan saya, dari tingkah laku, pemakaian dan kegedikan mereka pada awal nya saya mushkil samaada mereka ni remaja lepasan sekolah atau masih bersekolah. tapi setelah mendegar cara percakapan dan tajuk percakapan meraka saya dapat merumuskan yang mereka ni masih lagi di alam persekolahan (tingkatan).

Mulanya saya tak kisah sangat dengan cara dan perbualan mereka sebab dah terbiasa dengan berbagai karenah pelanggan, tapi kali ni saya cukup terkejut dan agak bengang bila terdengar salah satu tajuk perbualan mereka,

Lebih kurang macam ni la bunyinya :

” Eh Ida, kau tau tak hari jumaat ni “B” (pangilan manja pakwe dia la tu, BABY ke B**I aku pun tak tanya) kita ajak kita pergi rumah dia, dia cakap nak kenalkan dengan mak dia, tapi yang kita bengangnya, ada ke patut dia suruh kita pakai baju kurung ngan tudung, kononnya nak suruh kita berlakon kat depan mak dia la tu…….., Kita bukan jenis hipokrit nak buat macam tu, dah kat rumah kita pun kita kekadang pakai short pents je, keluar pun tak pernah bertudung, Mak dan Ayah kita pun tak kisah kita tak bertudung, ni bila nak jumpa mak dia kena berlakon lak………. hipokrit betul “

Yang menyebabkan saya terkujat (perkataan untuk aku gambarkan perasaan aku)
bukan sebab dia tak bertudung, atau bukan sebab pemakaian dia yang dah hampir setaraf dengan ayam lorong, tapi tahap pemahaman dia antara HIPOKRIT, BERADAP dan KURANG AJAR…….

Pada mulanya saya ingat nak pendam je apa yang terbuku kat hati ni, lagipun mereka tu pelanggan, ditambah pula dalam keadaan sekarang ni jualan memang slow menyebabkan saya cuba mendiamkan diri je, tapi bila dipikirkan balik baik buruk dan tujuan teguran saya tu, saya nekad je (dalam hati kalau ada rezeki ada la, kalau takde takde la).

” Dik… Pak cik (saya guna “pak cik” bukan sebab saya dah tua, tapi sekadar mengingatkan mereka yang mereka tu masih hingusan) Cakap sikit boleh tak? (sambil memandang pada saya mereka menganggukan kepala),”

” Dik sebenarnya adik dah salah paham dengan perkataan hipokrit dan cara penggunaannya, sebenarnya apa yang kawan adik suruh adik buat tu bukan hipokrit tapi tu merupakan adab, dan dah memang menjadi tanggunjawab kita sebagai manusia yang beradab ni kena menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan atau seseorang yang kata nak pergi atau jumpa, supaya nanti kehadiran kita tak menjadikan suasana majlis atau orang yang kita jumpa tu tak selesa dan tak sesuai.”

“Contohnya macam ni la Dik ! Tadi adik cakap kat rumah biasa pakai short pents je kan, keluar pun tak pernah bertudung, tapi sekiranya sebelah rumah adik ada kematian, dan ada majlis tahlil takan adik nak kesana dengan short pants dan tak bertudung..? mesti adik akan pakai sekurang kurangnya jeans dan pakai tudung.., betul tak ? dan lagi contohnya bila solat, kalau ikut hukum kena pakai tutup aurat, pakaian kena bersih dan bersopan, tapi nape masa adik solat adik tak pakai je jeans longgar, tshirts lengan panjang dan pakai tudung… ? kalau pakai macam tu pun boleh kan? tapi mengapa adik pakai telekong sembahyang untuk solat?????”

“Sama la dalam situasi kawan adik tu, dah mungkin emak dia tu jenis yang bertudung bersopan, mesti la dia nak kedatangan adik ke rumah dia tidak menimbulkan suasana yang tak selesa,

“Dik… senang cita macam gini la… kalau adik pergi ke majlis tahlil dengan pakai short pants, baju sendat pastu free hair….. mesti orang cakap adik TAK BERADAB, dan kalau orang tanya kenapa adik pakai macam tu ?? Dan adik pula jawab sebab saya BUKAN JENIS HIPOKRIT…., itu orang akan kata adik KURANG AJAR

Dan jangkaan saya memang tepat…..

Mereka pergi tanpa membeli apa apa pun …. hehehehehe

P/s : Jangan campur urusan pelangan anda ……. ADA AKU KESAH…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan