Apakah itu garam bukit.?
Garam bukit merupakan salah satu jenis garam yang kita gunakan seharian dalam makanan. Tetapi bukan garam itu, kira ianya adik beradik la.
Asal-usul garam bukit.
Ia lebih dikenali sebagai GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garamorganik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.
Berbeza dengan garam biasa.
Garam Gunung Himalaya ternayata berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garammerupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya.
Kebaikan garam bukit.
Kalau anda perasan ada ketenangan, nyaman, selesa bila ditempat-tempat seperti dihutan,bukit-bukit, kawasan pergunungan, air terjun, tepi pantai atau pun selepas hujan lebat. Ini adalah kerana di tempat tersebut dan juga selepas hujan lebat, kandungan ion negative adalah lebih tinggi pada ketika itu yg menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance.
Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya. Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
Bagaimana pula dengan garam lampu bukit?
Sama sahaja dia punya kebaikannya, cuma dari segi psikologi ia dilihat sedap mata memandang, fikiran, dari segi bentukknya, dan apabila ia berada disekitarnya, misalnya di letak pejabat-pejabat, ia melepaskan ion-ion yang bagus untuk tubuh manusia dan juga tumbuhan sekelilingnya.
Kebaikan garam bukit yang lain.
-Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara
- Mengurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Mepercepatkan proses penyembuhan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tanhap serotomin dalam aliran darah
- Mengurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Mepercepatkan proses penyembuhan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tanhap serotomin dalam aliran darah
Apa itu Ion Negatif?
Berbilion-bilion ion negatif dihasilkan secara semulajadi melalui angin, cahaya matahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. Tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu ion negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. Ion positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.
Dr Albert P. Krueger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji di Universiti California, mendapati bahawa kuantiti Ion Negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkir bakteria dalam udara dengan cepat. Jadi, dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang. Kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam Bukit boleh meningkatkan Ion Negatif (vitamin udara) sehingga 300 atau 3 kali ganda.
Kajian saintifik Institut penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara. Garam adalah bersifat semulajadi (neutral) permukaan garam akan mnyerap lembangan dari udara. Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah-zarah ion negatif ke udara. Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan